Pulau Kapas merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia dan ia terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu.
Bukan itu sahaja, pantai Pulau Kapas yang putih dan bersih pastinya dapat membuatkan para pengujung berasa terkesima. Akan tetapi, menerusi sebuah perkongsian pengguna Facebook Fara Azianti, dia menzahirkan rasa tidak puas hati atas pihak pengurusan di Pulau Kapas.
Baca Juga:
- Wanita Ini Kongsi ‘Day Trip’ Dengan Bajet RM64 Ke Pulau Kapas Yang Pasti Buat Anda Teruja
- 5 Sebab Kenapa Pulau Kapas Destinasi Terbaik Untuk ‘Weekend Chill’ Bersama Rakan Anda
- 6 ‘Hidden Gems’ Menarik Di Besut, Terengganu Yang Anda Patut Terokai
Menurutnya, dia yang berkunjung ke Pulau Kapas baru-baru ini berasa seperti di ‘scam’ apabila perlu membayar perkhidmatan, tiket masuk di 3 kaunter berlainan. Lebih menyedihkan apabila kemudahan yang tersedia tidaklah terurus dengan baik.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana proses untuk menikmati percutian di pulau itu makin melecehkan.
Pergh makin complicated ye proses. Last time pergi pon 2017 jugak. https://t.co/e5xwmP8w1Q
— ya (@diarynalife) September 6, 2023
Kann.. pastu toilet kat pulau kapas tu kena bayar rm5 pulak. Dah macam g oversea bayar 1 euro everytime nak masuk WC 😵💫 https://t.co/QyXxqXT0D9
— baii 🇲🇾 (@NrBhyh) September 5, 2023
pengalaman paling teruk kat pulau kapas,,parking jauh,tggu boat lama,pastu tandas kat pulau teruk dan mahal,,mmg takkan repeat dah https://t.co/JnVNx3cyDC
— Luqman (@lobee95) September 5, 2023
Para netizen berpendapat sepatutnya hanya perlu satu kaunter bayaran merangkumi kesemua caj-caj yang dikenakan seperti bayaran masuk, perkhidmatan dan lain-lain.
Susulan penularan perkongsian itu, ada juga netizen yang pernah berkunjung ke Pulau Kapas menzahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di pulau terbabit.