Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah menjadi satu tunjang utama dalam menghubungkan masyarakat untuk bergerak ke lokasi-lokasi yang berjauhan seperti Ipoh dan Butterworth.

Walaupun ramai warga tempatan yang tidak berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan KTMB, namun tidak bagi sesetengah individu atau pelancong luar yang sudah merasai pengalaman menaiki perkhidmatan tren lain yang lebih teruk.

Seorang individu bernama Richard Barrow yang juga pemandu pelancong menggunakan tren di Thailand berkongsi pengalaman buat pertama kalinya menggunakan perkhidmatan KTMB.

Mat Saleh Puji Perkhidmatan Tren KTMB, Dakwa Lebih Bagus Dari Thailand
Sumber Gambard FB Richard Barrow

Dia mendedahkan walapun hanya menaiki KTMB buat pertama kali sudah cukup membuat dirinya jatuh cinta. Difahamkan dia telah menaiki salah satu kereta api komuter di laluan Pantai Timur.

Walaupun laluan ini hanya menggunakan tren jenis DMU yang dikuasakan dengan diesel, ia masih mampu memberikan pengalaman perjalanan yang baik serta dilengkapi penghawa dingin seperti tren elektrik.

Mat Saleh Puji Perkhidmatan Tren KTMB, Dakwa Lebih Bagus Dari Thailand
Sumber Gambar: FB Richard Barrow

Dia mendedahkan kereta api ini sebenarnya jauh lebih baik daripada apa yang tersedia untuk penumpang di Thailand. Malah, Encik Barrow turut memuji segala aspek yang ditawarkan oleh KTMB merangkumi keselesaan, kemudahan yang lengkap dan kebersihan terjaga sepanjang menaiki tren tersebut.

Mat Saleh Puji Perkhidmatan Tren KTMB, Dakwa Lebih Bagus Dari Thailand
Sumber Gambar: FB Richard Barrow
Mat Saleh Puji Perkhidmatan Tren KTMB, Dakwa Lebih Bagus Dari Thailand
Sumber Gambar: Fb Richard Barrow
Mat Saleh Puji Perkhidmatan Tren KTMB, Dakwa Lebih Bagus Dari Thailand
Sumber Gambar: FB Richard Barrow
Mat Saleh Puji Perkhidmatan Tren KTMB, Dakwa Lebih Bagus Dari Thailand
Sumber Gambar: FB Richard Barrow

Boleh lihat beberapa keping gambar yang dikongsikan memperlihatkan ruangan tempat duduk yang luas, mempunyai meja kompak untuk makanan, plug elektrik dan juga tempat rehat kaki.

Mat Saleh Puji Perkhidmatan Tren KTMB, Dakwa Lebih Bagus Dari Thailand
Sumber Gambar: FB Richard Barrow

Keadaan gerabak dan tandas secara keseluruhannya sangat bersih dan kondusif.

Memandangkan dia sangat mahir dengan selok-belok tren di Thailand, Barrow langsung mempersoalkan kepada pihak pengendali di negara berkenaan mengapa tidak menaik taraf tren yang sedia ada seperti di Malaysia.

Lelaki ini turut mendakwa negara Malaysia sudah maju di hadapan berbanding Thailand dalam hal pengangkutan rel bahkan menekankan tren DMU di Malaysia bukanlah yang utama tetapi sudah cukup baik untuk kegunaan umum.

Dalam masa sama, dia sempat berkongsi penduduk di Malaysia sangat ramah mesra dan mudah tersenyum walaupun orang yang tidak dikenalinya. Kakitangan kereta api juga sangat bagus dalam perkhidmatan dan mendapati mereka sangat informatif untuk membantu pelancong asing.

Menurutnya lagi, melancong sebagai pelancong asing di Malaysia jauh lebih mudah berbanding di Thailand iaitu tempat dia menetap pada ketika ini.

Agak mengejutkan apabila dia mendakwa tidak teragak-agak untuk berpindah ke Malaysia jika menghadapi masalah melanjutkan visa pada masa kelak.

Menariknya, pihak KTMB turut berkongsi hantaran lelaki itu di akaun FB dan berterima kasih dengan ulasan jujur sepanjang menaiki perkhidmatan mereka.