Buat pertama kali dalam sejarah, sistem mata ranking bakal diperkenalkan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan mei nanti.
Ia bermakna setiap pasukan yang bertanding berpeluang meraih mata ranking dunia berdasarkan keputusan perlawanan dalam kejohanan tersebut.
Baca Juga:
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
Perkembangan itu disahkan oleh Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf), Datuk Abdul Halim Kader menurut laporan dalam Arena Metro.
Menurut beliau, langkah tersebut adalah bagi menaikkan taraf sukan itu yang kini sedang dilobi ke pihak Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC).
“Ya, saya tahu setakat ini kita belum ada butiran ciri-ciri (mata) ranking yang akan diketengahkan dan kita akan ambil contoh daripada bola sepak, bola tampar atau sukan lain.
“Apapun sistem mata ranking tetap akan diperkenalkan di KL (Piala Dunia Istaf). Kalau kita katakan sebagai juara dunia dia akan dapat berapa mata, semua itu akan dikemaskini kemudian.
“Sebuah jawatankuasa bertindak akan dibentuk Istaf untuk memperkenalkan pengiraan mata dan bagaimana diimpliment di KL nanti,” katanya.
Sebanyak 21 negara telah mengesahkan slot untuk menyertai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.
12 pasukan akan berentap bagi kategori Premier manakala baki 9 pasukan bertanding dalam kategori Divisyen 1. Penyertaan 21 negara itu telah muktamad dan tidak akan ada penambahan pasukan lain pada masa akan datang.
Piala Dunia kali ini menyaksikan kategori Premier mempertandingkan acara berpasukan yang mempunyai Piala Khas selain acara beregu dan regu turut dipertandingkan bagi kategori itu.
Divisyen 1 pula hanya mempertandingkan dua acara iaitu beregu dan regu, tiada berpasukan.