Dengan penggunaan internet semasa yang semakin meningkat, Maxis turut mahu memastikan perkhidmatan rangkaian mereka berada di tahap yang optimum walau di mana jua.
Maxis melaporkan bahawa mereka kini muncul sebagai syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang membangunkan binaan rangkaian teras di Kuching dan Kota Kinabalu lalu menghubungkan ia terus ke sambungan kandungan antarabangsa.
Baca Juga:
- Yes Sedia Tawarkan Rangkaian 5G Di Negeri Melaka
- Pengguna Maxis Dijangka Hanya Akan Menerima Servis 5G Pada Tahun 2023
Dengan langkah ini, Maxis dilihat bakal akan menawarkan sambungan dan kelajuan yang lebih pantas dalam masa yang sama memastikan kadar ping yang rendah terutamanya untuk konten video.
Maxis mengatakan langkah ini dilakukan disebabkan oleh penggunaan data di Sabah dan Sarawak adalah lebih tinggi berbanding purata penggunaan negara.
Secara purata, pengguna di Sabah dan Sarwak menggunakan 32GB data setiap bulan, dan memperlihatkan peningkatan dari bulan ke bulan.
Malah, kehadiran pelayan teras ini bakal memberikan manfaat kepada seluruh penduduk di Timur untuk menikmati kadar muat turun dan and pengalaman melayari portal yang lebih baik.
Maxis mengatakan pembangunan infrastruktur baharu di Sabah dan Sarawak, memperlihatkan peningkatan kelajuan dan juga penurunan kadar ping berbanding sebelum ini. Malah, sudah kedengaran tentang pengujian rangkaian Maxis 5G di Seremban sebelum ini.