Sementara pengguna bank seperti CIMB, Hong Leong, HSBC dan Public Bank sudah boleh memanfaatkan ciri pembayaran Google Pay yang canggih di kedai-kedai yang menyokongnya. Maybank pula dilihat masih belum menyokong ciri pembayaran Google Pay itu.
Sudah pasti ramai tertanya-tanya bagaimana pula dengan pendirian Maybank sama ada mahu menawarkan ciri pembayaran Google Pay ini atau pun sebailknya dalam masa terdekat ini.
Baca Juga:
- Sudah Rasmi Boleh Digunakan, Pengguna Dilihat Bangga ‘Flex’ Apple Pay Di Media Sosial
- iPhone Dorong Apple Kembali Menjadi Jenama Paling Bernilai Dunia Bagi Tahun 2022
Berdasarkan perkongsian Amanz, wakil Maybank menyatakan bank tersebut sedang menilai kebarangkalian penawaran perkhidmatan Google pada masa kelak. Buat masa ini, pelanggan Maybank masih boleh menggunakan pembayaran digital menerusi MAE, Apple Pay dan Samsung Pay.
Sementara itu, pengguna Maybank yang menggunakan peranti Android perlu tunggu terlebih dahulu ciri pembayaran digital Google Pay untuk dipertimbangkan. Ramai juga yang terkejut kerana kebiasaannya Maybank paling ke hadapan menawarkan ciri canggih sebegini tetapi berbeza pula untuk kali ini.