Maybank merupakan salah satu organisasi yang didakwa mengalami kebocoran data pengguna baru-baru ini. Hal ini telah menimbulkan keresahan para pelanggannya kerana merasa tidak selamat akan data privasi yang didakwa tertiris.

Oleh itu, Maybank kini mengesahkan yang mana dakwaan kebocoran tersebut adalah tidak benar sama sekali. Maybank turut memberi jaminan kepada pelanggan mereka yang mana data kekal selamat dan tiada yang terjejas.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Lanjutan daripada isu tersebut, Maybank akan terus mengambil langkah proaktif terutamanya berkaitan keselamatan siber dalam melindungi data pelanggan mereka. Malah, perkara ini sudah dihebabkan oleh KKD yang mana transaksi tidak boleh dilakukan dengan maklumat pelanggan yang didakwa tertiris itu.

Untuk peringatan, para pengguna juga diminta untuk menjaga keselamatan data masing-masing dengan serius dan tidak memberikan informasi kepada individu asing dengan sewang-wenanganya atau mengklik sebarang pautan daripada sumber yang tidak sah.

Sumber