Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan mengenai salah satu portal sukan yang menyentuh sensitiviti kaum, agama, insititusi diraja (3R) dalam hantaran mereka baru-baru ini.
Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dimana pemilik portal itu sedang dikenal pasti oleh MCMC dan seterusnya diambil tindakan.
Baca Juga:
- Tabung Solidariti Bersama Selangor FC Berjaya Kumpul RM66,252.02
- Faisal Halim Jalani Fisioterapi Bagi Pulihkan Fungsi Tangan Kiri
- Selangor Sudah Hantar Surat Rayuan Kepada MFL
“Kemungkinan akaun ini adalah akaun palsu, yang memang terdapat beberapa hantaran berbaur 3R dan hasutan yang menimbulkan ketidakharmonian dalam masyarakat,” katanya.
Sebelum ini, penganut agama Buddha dan Taoisme dilaporkan tidak berasa senang dengan beberapa hantaran yang dilakukan oleh portal tersebut di laman sosial media seperti Facebook dan X.
Tinjauan Vocket FC di laman media sosial Facebook menunjukkan akaun portal ini sudah tidak aktif dan semua kandungan yang pernah disiarkan telahpun dipadam.
Selepas kes simbah asid yang dialami oleh Faisal Halim, peminat bola sepak tanah air menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap akaun media sosial yang sering menyebarkan kebencian di kalangan peminat seperti Harimau Selatan X dan Pahang Is Dead 2.0.
Selain Faisal, seorang lagi pemain sayap skuad kebangsaan iaitu Akhyar Rashid turut mengalami kejadian tidak diingini dimana beliau disamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu baru-baru ini.
Dalam kejadian tersebut, Akhyar bukan saja disamun tetapi beliau turut mengalami cedera dibahagian kepala kerana dipukul individu tidak dikenali.
Pemain berusia 25 tahun itu juga kerugian RM4,800 selepas beg tangan jenama LV dan dompet jenama Coach dilarikan dua penjenayah yang memakai jaket hoodie berkenaan.