Walaupun sudah masuk tahun 2022, isu ‘jalan raya rosak’ merupakan perkara utama yang sering dipercakapkan oleh rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada penduduk di kawasan bandar, apatah lagi bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Sebelum ini tular satu video seorang lelaki mat saleh meluahkan kekecewaan selepas membandingkan bagaimana kualiti jalan raya antara Peru dengan Malaysia.
Dalam perkongsian video tersebut, lelaki mat saleh mempersoalkan bagaimana sebuah negara yang berada di tangga ke-91 miskin di dunia mampu menjaga dan mengekalkan kualiti jalan yang amat baik walaupun tidak ramai yang datang ke sana.
https://www.tiktok.com/@landobrotherhood/video/7106125481581317403?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Lelaki mat saleh itu juga meminta pihak berkuasa untuk membaik pulih lubang-lubang yang ada dan melakukan maintenance jalan raya untuk mengelakkan rakyat Malaysia daripada terdedah kepada risiko kemalangan yang boleh mendatangkan kecederaan atau kematian. Dalam pada itu, ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada kenderaan untuk jangka masa panjang.
Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Sebahagian warganet tempatan menjelaskan oleh kerana tidak ramai yang menggunakan jalan raya di negara Peru, sebab itu kualiti jalan juga akan lebih terjaga jika hendak bandingkan Malaysia yang sememangnya sentiasa sibuk.
Namun dalam satu hantaran video dalam menjawab dakwaan warganet itu, lelaki mat saleh tersebut menjelaskan dia dan anaknya sudah banyak kali datang ke Malaysia.
https://www.tiktok.com/@landobrotherhood/video/7107506539413523739?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Menurut anaknya itu, semasa dia datang ke Malaysia, dia ada mengikut kumpulan NGO ‘Ikatan Silaturahim’ pergi membaik pulih permukaan jalan raya berlubang pada waktu malam.
Dia juga ada berkongsi rakaman video pendek semasa kerja-kerja membaik pulih itu dijalankan pada satu hantaran blog di laman web motorcyclecamping.com.
Dalam artikel itu juga, dia menyatakan akan berkongsi hantaran dan video penuh bagaimana NGO terbabit bertungkus-lumus dalam memastikan beberapa permukaan-permukaan jalan yang rosak dapat dibaiki semula dengan baik.
Mereka menegaskan Malaysia sebuah negara yang maju, namun pihak bertanggungjawab yang dipilih oleh rakyat tidak menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.
Sebaliknya, sekumpulan NGO pula dapat bekerjasama sanggup mengeluarkan wang poket sendiri dalam membaik pulih jalan raya untuk rakyat.
Sebelum mengakhiri video balas itu, kedua-dua anak beranak mat saleh itu menyatakan mereka akan kembali semula ke negara ini untuk membuat penggambaran vlog pengembaraan seperti vlog ‘Desert Blood’ di mana kedua-duanya pergi mengembara di beberapa kawasan terpencil di Australia.
* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Sementara itu, warganet terkejut lihat pihak berkuasa tampal jalan berlubang seperti buat bonggol mini. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
‘Macam Tambah Bonggol Mini’ – Netizen Pertikai Kualiti JKR JB Tampal Jalan Raya Berlubang
Selepas Terima Kunjungan Mengejut MB Johor, Jalan Di HSA Diturap Kurang 48 Jam