“Selamat datang @neymarjr #KingIsBack,” itulah pengumuman rasmi daripada Puma apabila mereka berjaya menambat bintang Paris Saint-Germain, Neymar Jr sebagai duta terbaru jenama berkenaan.

Ramai yang sebenarnya terkejut dengan pengumuman itu kerana pemain bola termahal dunia itu sebelum ini sangat sinonim dengan jenama Nike. Mana tidaknya, Nike sudah menaja Neymar sejak beliau berusia 13 tahun lagi.

Ketika ini, terdapat dua sebab utama mengapa Neymar meninggalkan Nike untuk bersama Puma berdasarkan perkongsian Neymar di laman sosial.

1. Kontrak bersama Puma yang lebih lumayan

Walaupun pada ketika ini Puma tidak mendedahkan lagi nilai kontrak mereka bersama Neymar, tetapi nilai tajaan untuk Neymar pastinya lebih tinggi daripada apa yang Nike tawarkan kepada Neymar.

Neymar telah memakai but jenama Nike sejak usianya 13 tahun dan kontrak terakhir beliau bersama Nike adalah selama 11 tahun bernilai USD105 juta (~RM435 juta). Jadi, nilai kontrak Puma pastinya lebih tinggi berbanding apa yang ditawarkan oleh Nike sebelum ini.

Neymar akan bersama Antoine Griezmann, Romelu Lukaku, Sergio Aguero dan Luis Suarez sebagai duta Puma bagi sukan bola sepak.

2. Menjadi ‘KING’ baharu di Puma

“Saya membesar dengan menonton legenda hebat seperti Pele, Cruyff, Eusebio dan Maradona…dan kesemua legenda ini menyarung but daripada jenama Puma. Atas sebab ini saya mahu bersatu dengan jenama ini yang membantu legenda ini dalam karier mareka,” tulis Neymar.

Neymar akan kembali menyarung model but ikonik yang pernah disarung legenda bola sepak sebelum ini, Puma King. Iklan rasmi Neymar bersama Puma dijangka akan dikongsi secara rasmi beberapa hari sahaja lagi.

3. Menjadi ‘muka hadapan’ bagi jenama Puma

Namun, kedatangan Neymar ke Puma sebenarnya bakal memberi impak yang lebih kepada besar untuk jenama berkenaan. Neymar dilihat mampu menarik peminat baharu untuk jenama Puma; seperti mana yang dilakukan oleh Kanye West untuk jenama adidas.

Puma bukan sahaja mengikat Neymar untuk sukan bola sepak, tetapi sisi lifestyle Neymar. Puma sebelum ini mempunyai koleksi khas untuk artis seperti Selena Gomez dan Rihanna. Pastinya Puma mempunyai rancangan hebat untuk menyentuh sisi fesyen Neymar.

“Untuk Neymar menyertai keluarga Puma adalah sesuatu yang hebat. Beliau merupakan salah satu pemain bola sepak terbaik ketika ini dan pengaruhnya dalam sukan dan fesyen adalah sangat menakjubkan. Kami tidak sabar untuk mula bekerjasama dengan Neymar,” kata CEO Puma, Bjørn Gulden.

Neymar sudah pun menyarung kasut but Puma sewaktu perlawanan penuh kontroversi PSG dan Marseille semalam di mana Neymar dilayangkan kad merah di minit-minit akhir perlawanan kerana terlibat dalam insiden pergaduhan dalam padang.

Adakah Nike akan terkesan dengan kehilangan Neymar? Jawapannya mungkin ya dan mungkin tidak. Bintang yang masih muda seperti Marcus Rashford dan Kylian Mbappe mungkin bakal menjadi pengganti muka baharu Nike untuk kempen mereka di masa akan datang.

Ini pula cerita Casey Neistat guna duit Nike sebanyak RM300,000 untuk pusing dunia hasilkan salah satu iklan hebat untuk Nike. Baca lagi di sini.

Bagaimana Casey Neistat ‘Kikis’ Duit Nike Sebanyak RM300,000 Untuk Pusing Dunia Hasilkan Iklan Hebat Ini

Sangka Tiada Nilai, Lelaki Ini Berjaya Jual Kasut Nike Ini Dengan Harga RM23,000

Kolaborasi Selena Gomez x PUMA Tawarkan Gaya Dan Kebajikan

Sumber