Netizen mengecam tindakan warga Singapura yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk masuk ke negara ini.

Semua kenderaan asing dari Singapura diwajibkan mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang mana sistem ini sudah bermula 1 Oktober.

Baca Juga:

Peraturan itu akan dikuatkuasakan untuk pintu masuk di kedua-dua kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura.

Ada segelintir rakyat dari negara seberang tambak itu yang tidak berpuas hati dengan pelaksaan sistem tersebut dimana mereka berpendapat sistem itu hanya menyusahkan mereka yang mahu masuk ke Malaysia.

Malah, ada segelintir yang menyatakan bilangan warga negara jiran yang mahu masuk ke Malaysia akan lebih sedikit selepas ini.

Melihat kepada perkara ini, netizen Malaysia tidak mengambil masa yang lama untuk mengecam rakyat negara jiran yang mana menurut mereka sistem itu merupakan satu langkah yang adil dalam memastikan pemandu dari Singapura patuh dengan undang-undang dan tidak berbuat sesuka hati di atas jalan raya Malaysia.

Selain itu, netizen juga berpendapat sistem yang digunakan adil kerana rakyat Malaysia juga perlu membayar denda sebelum keluar dari Singapura.

Sebelum ini, terdapat banyak kes yang melibatkan pemandu kenderaan dari Singapura seperti membuang sampah sembarangan di atas jalan dan kerap kali melarikan diri apabila cuba ditahan oleh pihak berkuasa.