Isu pelajar sekolah yang mengambil mudah ujian atau peperiksaan yang diberikan terhadap mereka kini berada di tahap yang membimbangkan sekaligus menjadi bahan perbincangan di kalangan masyarakat.
Baru-baru ini, salah seorang guru telah berkongsi jawapan yang ditulis oleh murid sekolah rendah ketika Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi tahun 2024 dalam subjek Bahasa Inggeris.

Baca Juga:
- ‘Apa Sumbangan iShowSpeed Kepada Malaysia? Kosong’ – Cikgu BM Bimbang Generasi Baharu Terlalu Agungkan Influencer
- Guru Dakwa Mental Sudah ‘Mati’, Pelajar Jawab Soalan Peperiksaan Macam Tak Pergi Sekolah
- Guru Di Klang Jual Insurans, Paksa Murid Beli Jika Mahu Dilantik Jadi Pengawas Sekolah
Dalam perkongsian tersebut, guru berkenaan menunjukkan jawapan murid yang menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya seolah-olah murid tersebut tidak peduli dengan ujian tersebut.
Perkara ini nyata membimbangkan ramai pihak khususnya netizen dimana mereka terkejut dengan tindakan pelajar tersebut yang menggunakan kata-kata kasar dan menghina orang lain dalam karangan yang ditulis.
Baru-baru ini, seorang guru meluahkan rasa penat dengan kerenah pelajarnya apabila menjawab soalan peperiksaan sambil lewa dan tidak berusaha menyelesaikan dengan ilmu yang dipelajari.


Berdasarkan dua helai kertas peperiksaan yang disemak, pelajar terbabit hanya menyalin semula soalan dan juga pautan yang tertera menerusinya.
Mereka kelihatan tidak cuba menjawab sehabis baik dengan jawapan yang berilmiah dan memenuhi kehendak soalan dalam merebut markah bagi penilaian.
Yang menampakkan lagi tahap kedunguan pelajar terbabit apabila masih ‘typo’ untuk menyalin semula soalan di ruangan jawapan.
Perkara ini sudah cukup menggambarkan tahap IQ pelajar pada hari ini cukup membimbangkan apatah lagi bila mereka juga merupakan bakal jadi pemangkin negara di masa depan.
Perkongsian guru terbabit langsung mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya bersimpati dengan nasib guru yang terpaksa mendidik anak bangsa yang tiada keinginan untuk mencapai ke menara gading.
Susulan itu, netizen mempersoalkan di mana hala tuju negara jika hanya mengambil solusi mudah dengan menghapuskan peperiksaan penting dek kerana mahu mengelakkan tekanan di dalam pelajar.