Mia Khalifa, bintang filem dewasa beberapa hari lalu berkongsi di laman akaun Instagramnya bahawa dia dijemput oleh Universiti Oxford, England untuk menjadi pensyarah jemputan. Wanita Amerika-Lubnan itu dijemput oleh Kesatuan Oxford untuk berkongsi pengalaman hidupnya, terutama mengenai perjalanannya sebagai pelakon dalam industri filem dewasa.
“Saya berada di Oxford untuk bercakap tentang halangan, keyakinan, dan pengalaman hidup saya. Kalian bebas menilai saya, tetapi saya berada di Oxford untuk berkongsi pengalaman saya,” tulis Khalifa di Instagram pada Isnin lalu.
Baca Juga:
“Bercakap dengan Kesatuan Pelajar Oxford adalah salah satu pengalaman hidup yang buat saya sedar betapa bertuahnya saya menjalani hidup ini dan mampu melakukan segala yang saya mahu untuk tidak membiarkan setiap detik berlalu,” tulis Khalifa lagi.
Dalam majlis syarahan umum yang diadakan secara tertutup itu, Mia turut menyuarakan pandangan dan pendapat agar golongan muda khususnya pelajar perempuan di sana tidak terjebak dan dieksploitasi dalam industri perfileman dewasa.
“Selepas bercakap tentang pengalamannya dengan eksploitasi kontrak dalam industri filem dewasa, Khalifa berusaha untuk mendidik wanita mengenai bahaya eksploitasi dalam bidang ini dan bercakap di atas pentas mengenai hadnya, baik secara peribadi mahupun profesional,” tulis Oxford Union dalam kenyataannya.
Mia yang dilihat berucap dengan memakai cermin mata dan sut blazer serta skirt pendek berwarna krim mengakui amat berbesar hati dengan peluang yang diberikan.
“Terima kasih yang tidak terhingga kepada @theoxfordunion atas peluang berucap di bangunan dan organisasi bersejarah ini,” tulis Mia.
Biarpun kehadiran wanita berusia 30 tahun ini berstatus selebriti, ramai netizen berdebat mengenai keberadaanya di universiti tersebut. Laman Instagram Oxford Union dilihat dihujani dengan ratusan komen negatif.
Ramai netizen mempersoalkan mengapa bintang lucah boleh menjadi tokoh dan penceramah awam di kampus terkenal dunia seperti Universiti Oxford. Malah ada beberapa sindiran yang mengarahkan pihak universiti turut menjemput artis OnlyFans.