Pelakon Bollywood bertaraf legenda, Juhi Chawla kini menjadi pelakon wanita terkaya di India.
Ini apabila pelakon dan usahawan itu berjaya memiliki aset bernilai $554 juta atau sekitar RM2.29 billion.
Angka itu sekaligus membolehkan Juhi Chawla menewaskan Aishwarya Rai, Deepika Padukone, dan Priyanka Chopra.
Kekayaan yang dimilikinya itu membolehkan dia kini bergelar golongan elit di India.
Pelakon berusia 57 tahun itu tidak bergantung kepada kariernya sebagai pelakon untuk menjadi kaya raya. Sebaliknya dia terlibat dalam penerbitan filem dan juga beberapa perniagaan yang lain.
Dia merupakan seorang pelabur yang aktif dalam dunia perniagaan untuk menjadikannya salah seorang manusia terkaya di India.
Dia turut melabur dalam arena sukan. Di mana dia menjadi pemilik bersama dengan Shah Rukh Khan, dan Jai Mehta (suami Juhi Chawla) dalam pemilikan kelab kriket Kolkata Knight Riders.
Jai Mehta pun bukan calang calang orang. Dia merupakan pengerusi kepada Mehta Group. Jai Mehta sendiri memiliki nilai kekayaan sekitar RM4.95 billion menurut Forbes.
Sebagai rekod, Juhi Chawla pernah berlakon dalam lebih 100 filem di India untuk pelbagai peranan selepas debutnya dalam dunia lakonan pada 1986.
Dia merupakan sahabat karib kepada Shah Rukh Khan. Daripada rakan di set penggambaran, mereka melebarkan kerjasama dalam pelbagai bidang perniagaan.