Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan untuk melantik Setiausaha Agung DAP Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan dalam Kerajaan Perpaduan.
Menerusi laporan, Presiden kesatuan itu Abdul Razak Md Hassan memberikan sokongan terhadap Anthony Loke berdasarkan rekod prestasi beliau yang pernah memegang jawatan itu sebelum ini dari Mei 2018 hingga Februari 2020.
Baca Juga:
- Naik ETS Ke Ipoh, Ini 5 Destinasi Yang Anda Boleh Singgah Untuk βDay Tripβ
- Ibarat Filem Robocop, Netizen Terpegun Lihat Kecanggihan Helmet Polis Bantuan KTMB
- Gara-Gara LRT Rosak, Lelaki Ini Terpaksa Jalan Kaki Sejauh 26KM Untuk Balik Rumah
“Pihak kesatuan turut percaya, sekiranya pelantikan Menteri Pengangkutan ini dibuat kepada YB (Yang Berhormat) Anthony Loke, maka pengangkutan awam, khususnya akan menerima limpah kebaikan yang terutamanya membantu bagi peningkatan taraf pengangkutan awam yang lebih efisien,” katanya.
Permintaan kesatuan tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut bersetuju disebabkan prestasinya yang cemerlang ketika menyandang jawatan tersebut dahulu.
Memang function betul @anthonyloke ni masa jadi Menteri Pengangkutan dulu.
Ucapan tahniah daripada KTMB kepada Anwar Ibrahim sebagai PM pun mereka sempat rekomen nama dia untuk jadi Menteri balik ππΌ pic.twitter.com/NiTqqVcxhm
— Laga Cawan πΊ (@LagaCawan) November 25, 2022
This is unprecedented! In jus 22 short mths, YB @anthonyloke hd won over the union thru his sheer work ethics. Diligent. Pagmatic.Unassuming! No outriders,beg carriers, cium tgn. Just clock in and work and leave politics at the door. It's tough bt he had shown us it can be done. https://t.co/wj2wZxw1l3 pic.twitter.com/aKBfkarcJG
— KERANA MU MADANI (@JujurTanpaSolat) November 25, 2022
Realign the ECRL back to go through Negeri Sembilan instead of destroying the Klang Gate Quartz Ridge just to appease the previous MOT and MOF. Also, can save RM6 billion if we follow LGEβs recommendation last time. https://t.co/yJR1VlX3EY
— Endie (@The_Endie) November 25, 2022
Terbukti. Kehadiran di Parlimen 89/89. Penuh. Bukan gaji Buta. Betul2 serious menjalankan tugas. Most wanted man in KTM. Pray that you lead with compassion, and be granted with good health to spur Malaysia to greater heights. πππππππππππ
— FWS_60 (@GFM5NOV) November 25, 2022
Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu (KTM) merayu supaya Anthony Loke dilantik semula sebagai Menteri Pengangkutan.
When civil servants and workers plead for a specific boss, you damn well know he's good. pic.twitter.com/2rjeYK9Ho4
— Pemikir Malaysia (@pemikirmsia) November 25, 2022
Kalau kau amanah, tak korup dan bagus buat kerja, kau lain bangsa atau agama ke pun orang nak
Nah, Presiden Kesatuan Pekerja KTM merayu @anthonyloke dilantik jadi Menteri Pengangkutan balik π«‘
Baru tau haram dpt menteri x function cam Wee Ka Siong, menang PRU pun tunggang UMNO https://t.co/zgnmc72lvh
— StratCommProBono (@StratcommPMX) November 25, 2022
Bukan itu sahaja, para netizen turut berkongsi cara bekerja Anthony Loke ketika menjadi Menteri Pengangkutan dan mengatakan beliau sentiasa membuat lawatan mengejut serta datang awal ke apa-apa acara yang perlu dihadiri.
Malah, Anthony Loke juga tidak pernah ‘ponteng’ kehadiran di parlimen dan sentiasa pantas untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul terutama sekali berkaitan dengan pengangkutan.