YouTuber terkenal dari Amerika Syarikat, IShowSpeed sedang menjalani jelajah ke negara Asia Tenggara dimana beliau sudah menjejakkan kaki di beberapa negara di rantau ini.
Ribuan peminat mengekori beliau ketika berada di Malaysia, Indonesia dan Vietnam dan beliau juga diperkenalkan kepada budaya dan juga makanan tradisional.
Baca Juga:
- Penyanyi Indonesia Bayar Ganti Rugi Kepada Peniaga Terkesan Kerana IShowSpeed
- Pemilik Dedah Berapa IShowSpeed Bayar Untuk Burger Ramly Special Di Gerainya
- Netizen Indonesia Bangga Dapat Beri Pengalaman Terbaik Kepada IShowSpeed Berbanding Malaysia
IShowSpeed atau nama sebenarnya, Darren Jason Watkins Jr menerima hadiah berupa batik ketika berada di Malaysia dan Indonesia. Speed juga diperkenalkan kepada budaya Jawa selain mencuba Nasi Padang semasa lawatan tiga harinya di negara jiran itu.
Ketika mengunjungi Singapura baru-baru ini, ada peminat yang menghadiahkan sebuah IPhone 16 Pro Max kepada Speed dan perkara ini serta-merta menjadi bahan ketawa di laman media sosial.
Other countries are giving him batik and offering him local food 😂 and you have Singapore giving him iPhone because they don't have any cultural things to offer to him😂😂😂 https://t.co/pdtRKhWwZE
— Rajvinder (@CFC_Rajvinder) September 24, 2024
Pengguna laman X menyifatkan hadiah itu sebagai kurang bijak dan menjadi bukti bahawa negara di seberang tambak itu miskin budaya dan sebab itu mereka hanya mampu memberikan hadiah berupa telefon pintar kepada Speed.
“Dia (Speed) seorang yang kaya. Dia boleh dapat Iphone 16 Pro Max secara percuma bila-bila masa saja. Mengapa beri dia hadiah seperti itu?,” tanya seorang pengguna laman X.
“Negara lain beri Speed batik dan makanan tradisional tempatan. Peminat di Singapura pula beri dia Iphone sebab mereka tiada budaya yang boleh diperkenalkan kepada Speed,” tulis seorang lagi pengguna.
Jelajah di Asia Tenggara merupakan satu kejayaan bagi Speed dimana beliau berjaya meningkatkan jumlah pengikut di laman YouTube miliknya yang kini sudah mencecah 32 Juta pengikut.
Speed memberi bayangan beliau bakal melawat satu lagi negeri di Indonesia iaitu Papua dalam masa terdekat yang mana lawatan itu sudah tertangguh beberapa kali ekoran penerbangan yang dibatalkan atas sebab yang tidak diketahui.