Tular satu klip rakaman dashcam menunjukkan seorang pengawal keselamatan kena langgar dengan sebuah motosikal yang salah guna lorong tol.
Menerusi perkongsian X.com @mummymikamalik, pemandu kereta dashcam menuju ke lorong kiri Plaza Tol Juru.
Baca Juga:
- ‘Kalau Pandai Kau Tak Kerja Tol’, Pemandu Honda Tak Cukup Baki Meroyan Dan Hina Jurutol
- ‘Punca Rider Dibenci’ – Netizen Kecam Geng Motosikal Patahkan Palang Plaza Tol
- Bangga Tayang Video ‘Menyelit’ Elak Bayar Tol, Tindakan Lelaki Ini Undang Kecaman Netizen
Apabila dia memberhentikan kereta untuk sentuh membayar tol, ada seorang guard tol dari arah kanan berjalan di hadapan kereta untuk ke seberang.
7/6/2024 : accident tol sungai dua. Haa siapa salah? Motor ke orang lintas? Bincangkan pic.twitter.com/IbIJEzSGZN
— Mummy Mika (@mummymikamalik) June 10, 2024
Seusai sampai di kiri plaza tol, pengawal keselamatan itu tidak sempat mengelak sebuah motosikal datang meluru dengan laju ke arahnya.
Kedua-dua bertembung lalu terjatuh ke atas jalan raya. Pada masa sama, beberapa penunggang lain yang turut menggunakan lorong sama segera memberhentikan motosikal untuk memberikan rawatan.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan netizen, ramai yang berang dengan sikap penunggang-penunggang yang sering salah guna laluan plaza tol.
Bagaimanapun ada yang cuba back up dengan menyatakan antara kenapa penunggang guna laluan tol kerana laluan untuk motosikal kurang elok dan boleh mendatang bahaya.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat mereka menggunakan laluan tol untuk ‘menyelamatkan diri’ daripada sekatan lalu lintas yang ada di kawasan itu.
Saya owner video ni. Suami dah serahkan video ni dekat PIC Plaza Tol Juru selepas kejadian ni pada 7/6/24. Harap guard/security tu ok saje.
— Mummy Mika (@mummymikamalik) June 11, 2024
Menurut pemilik akaun X.com @mummymikamalik, pengawal keselamatan tol itu tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.
Tambahnya lagi, video rakaman dashcam itu sudah diserahkan kepada pihak pengurusan plaza tol tersebut untuk tindakan selanjutnya.
Orang ramai turut mendoakan agar pengawal keselamatan itu cepat pulih, begitu juga dengan penunggang motosikal terbabit.