Sebut sahaja nama MSI, pasti ramai yang cukup kenal dengan jenama yang penuh inovasi dan teknologi serta memfokuskan kepada spesifikasi yang serba lengkap ini.
Walau bagaimanapun, jangan salah sangka kerana MSI bukan sahaja menawarkan komputer riba memfokuskan kepada gaming, sebaliknya turut menawarkan komputer riba khusus buat golongan pelajar, profesional, content creator dan lain-lain lagi.
Ayuh kami kongsikan dengan lebih lanjut mengapa model ini sesuai menjadi pilihan pengguna moden yang mahukan keseimbangan antara produktiviti dan kreativiti.
Dilengkapi teknologi AI untuk meningkatkan produktiviti pengguna
Menerusi teknologi teknologi AI yang dipertingkat, model komputer riba terbaru MSI ini dilengkapi dengan cip Intel Core™ Ultra Series 2 mampu menawarkan sehingga 120 total platform TOPS, menjadikannya tiga kali lebih pantas berbanding generasi sebelumnya!
Kombinasi CPU, GPU, dan NPU membolehkan laptop ini menjalankan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan AI secara lokal – lebih pantas, selamat, dan tanpa gangguan.
Pastinya anda akan lebih produktif apabila tugas anda dapat berjalan dengan lancar dan pantas!
Nak tahu apa yang lebih menarik, komputer riba MSI ini hadir dengan lebih 500 model AI yang telah dioptimumkan serta sokongan perisian daripada 100 syarikat teknologi terkenal membolehkan komputer riba ini menjadi pilihan terbaik untuk golongan profesional, gamer, dan content creator yang mementingkan prestasi tinggi sepanjang masa.
MSI Prestige Series – Ketahanan bateri yang panjang, tahan lasak & ultra-ringan
Buat anda yang kerap menjalankan tugas secara on-the-go, siri MSI Prestige memang sesuai dengan gaya hidup anda! Hadir dengan pilihan saiz 13, 14, dan 16 inci, laptop ini direka ringan dan nipis namun masih lagi tahan lasak. Menarik bukan?
Lebih best, bateri yang ditawarkan siri MSI Prestige mampu bertahan sehingga 21 jam untuk kegunaan seperti menonton video atau melakukan kerja pejabat.
Jadi, tiada lagi masalah untuk bawa bersama model yang ringan dan lasak ini kemana-mana sahaja bersama anda. Malah, kamera 5MP yang dinaik taraf juga menjadikan panggilan video atau live streaming lebih jelas dan profesional.
MSI Summit Series – Komputer riba serba lengkap untuk kreativiti maksimum
Jika anda yang mementingkan fleksibiliti, MSI Summit 13 AI+ Evo merupakan pilihan sempurna. Komputer riba ini hadir dengan reka bentuk flip 360 darjah, membolehkan anda menggunakannya sebagai tablet bila diperlukan.
Bukan itu sahaja, model ini turut dilengkapkan MSI Pen 2 Stylus yang memberikan pengalaman menulis seakan di atas kertas. Sesuai sangat buat anda yang sering mencatat atau melukis!
Ayuh tempah komputer riba terbaru MSI dengan teknologi AI
Buat anda yang berminat untuk mendapat model komputer riba baharu daripada MSI sama ada siri Prestige mahupun Summit, anda boleh dapatkannya menerusi rangkaian kedai MSI atau secara terus di laman MSI.
Sama ada anda seorang profesional, pelajar, atau content creator, siri MSI Prestige dan Summit sedia menawarkan ciri terbaik untuk membantu anda mencapai produktiviti.
Menerusi teknologi AI yang serba lengkap beserta reka bentuknya yang ringan, kami yakin ini mungkin model yang berbaloi anda dapatkan pada ketika ini.
Ketahui lebih lanjut dan dapatkan siri MSI Prestige dan Summit dengan klik di sini.