Tanda tanya tentang gambar yang dimuat naik Nurul Shuhada pagi tadi di Insta Story miliknya terjawab apabila ahli keluarga yang tidak mahu dikenali mengesahkan Nurul Shuhada Mat Shukri ditumbuk tiga kali oleh suaminya yang juga pelakon Hafidz Roshdi selepas berlaku pertengkaran, awal pagi tadi.
Berdasarkan laporan Berita Harian, ahli keluarga terbabit yang enggan namanya didedahkan berkata Hafidz dilaporkan menumbuk bahagian muka Nurul Shuhada sehingga mengalami kecederaan.
Baca Juga:
- ‘Jodoh Kami Sampai Di Sini’ – Isteri Hafidz Roshdi Reda Dengan Apa Yang Berlaku
- Bersaksikan Keluarga, Hafidz Roshdi Didakwa Ceraikan Isteri Talak Satu
- Ketawa Sambil Pandang Isteri Dalam Live, Netizen Dakwa Hafidz Rosdi ‘Prank’ Satu Malaysia
Ahli keluarga berkata, Nurul Shuhada kemudiannya dibawa ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan, dan laporan polis sudah dibuat oleh dua ahli keluarga yang menyaksikan kejadian itu.
“Kami melakukan pemeriksaan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman. Nurul Shuhada sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad,” katanya kepada BH Online.
Perkongsian Nurul Shuhada pagi tadi telah menimbulkan persoalan kepada netizen di mana dia memuat naik gambar sedang menerima rawatan di sebuah hospital.
“Assalamualaikum pada rakan media, clients, dan sahabat yang menghubungi Shu. Shu minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat beri kerjasama dan tanggungjawab buat masa ini sebab Shu sedang terima rawatan di hospital. Doakan Shu kuat,” tulisnya.
Shuhada turut memuat satu gambar tangan berlumuran darah dengan tulisan ‘Semoga Allah ampunkan kamu berdua’.
Mengulas keadaan terkini Nurul Shuhada, ahli keluarga berkata, wanita itu masih terkejut dan perlu mengambil masa untuk rehat.
“Nurul Shuhada masih terkejut dan terkesan dengan apa yang berlaku. Sekarang Nurul Shuhada perlukan masa untuk berehat. Syukur keadaannya kini stabil,” katanya.