Mesin layan diri pada hari ini sangat canggih, bukan sahaja boleh digunakan oleh untuk membeli makanan dan minuman, bahkan ada yang menawarkan orang ramai mendapatkan keperluan harian dengan mudah.

Terbaharu, jenama telekung terkenal tempatan, Siti Khadijah juga sudah mempunyai sebuah mesin layan diri pertama yang terletak di lorong menuju surau RnR Seremban ke arah Utara.

Mesin tersebut bukan sahaja menjual telekung sahaja, ia juga mempunyai pelbagai jenis sejadah, kopiah, beg untuk telekung, stokin wanita dan juga kopiah buatan jenama tersebut.

Menurut pengasas jenama telekung tersebut, Padzilah Enda Sulaiman dengan adanya mesin layan diri tersebut ia bukan sahaja memudahkan sesiapa sahaja untuk menunaikan tuntutan solat, bahkan orang ramai boleh menggunakannya untuk membeli ‘buah tangan’ kepada insan yang tersayang.

Hantaran Facebook itu telah mendapat perhatian warganet yang berasa bangga dan kagum dengan kewujudan mesin layan diri Siti Khadijah itu. Menurut Padzilah, adanya mesin tersebut, merupakan hasil buah fikiran dan kerjasama pasukan Siti Khadijah sendiri.

Sumber Gambar: Facebook Padzilah Enda Sulaiman

Lebih menarik lagi, salah seorang pasukan Siti Khadijah yang menjayakan mesin layan diri itu berkongsi gambar pelanggan pertama yang menggunakan mesin tersebut merupakan seorang pemuda yang membelikan telekung sebagai hadiah untuk ibunya setelah sekian lama dia tidak dapat balik beraya di kampung.

Jika anda dalam perjalanan ke Utara, bolehlah singgah R&R Seremban untuk merasai pengalaman sendiri bagi mendapatkan produk-produk Siti Khadijah dengan lebih mudah hanya menggunakan mesin layan diri sahaja.

Difahamkan, Siti Khadijah akan menambah lagi mesin layan diri tersebut di beberapa lokasi lain pada masa akan datang.

Pengasas Siti Khadijah pernah berkongsi liku-liku penubuhan dan pengembangan untuk menjadi salah satu jenama telekung terkemuka di Malaysia. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

19 Mutiara Yang Saya Kutip Dari Pertemuan Dengan Pengasas Telekung Siti Khadijah

Telekung Siti Khadijah Kembali Lagi Dengan Iklan Kreatif Sempena Hari Raya

Sumber