Baru-baru ini, video tragedi kepala air yang berlaku di Cebu, Filipina ini telah tular di media sosial dan mendapat perhatian orang ramai. Menerusi video terbabit, dapat dilihat sekumpulan orang sedang bermandi-mandi di atas batu di air terjun.
Akan tetapi, kepala air muncul secara tiba-tiba dan mereka yang sedar akan perkara itu cuba untuk menyelamatkan diri. Menurut laporan, seorang remaja berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun mati lemas selepas hanyut dibawa arus deras ini.
Sebab ni la saya trauma mau mandi di air terjun… kita tak tahu bila air boleh pasang besar macam ni 😢😢😱
waterfall accident in Cebu Phillipines.Credit: The Base PH pic.twitter.com/BfcpXM3xgi
— Anesthesia🧚♂️ (@mind0212345) September 27, 2021
Manakala seorang wanita yang juga ibu kepada kanak-kanak berusia 7 tahun itu masih lagi hilang dan dalam pencarian. Video tersebut turut mendapat perhatian rakyat Malaysia kerana air terjun kini menjadi lokasi tumpuan rekreasi.
Walaupun kejadian itu berlaku di luar negara tetapi rata-rata netizen menzahirkan kebimbangan untuk mandi manda di air terjun dan juga segelintir netizen mengingatkan agar elak mandi air terjun ketika musim hujan.
Allahu tengok orang yg tenggelam dalam pusaran air tu 😭 sekarang musim hujan lebat hati hati la kalau pergi mandi sungai dan air terjun https://t.co/3erSWxtjiF
— budak kolek🇵🇸 (@cayapalam) September 29, 2021
seram tengok tiba tiba air tu deras and berubah warna. aku ada tengok kt tiktok, ada encik bomba tu pesan, kalau nampak ada banyak ranting kayu atau banyak daun mengalir sama dengan air tu, naik la cepat. takut tu kepala air turun pesan encik bomba tu
— lesungpipitkiri🩰 (@nichiwiwin) September 28, 2021
https://twitter.com/naddyshrx/status/1442752954260332546
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan jika sudah nampak banyak daun dan ranting mengalir sama dengan air, kemungkinan akan muncul kepala air. Bagi anda yang sudah merancang untuk bermandi manda di air terjun, diharap anda akan menjaga keselamatan anda terutama sekali sekarang musim hujan.
Sementara itu, kami kongsikan lokasi air terjun yang anda boleh terjah pada pautan di bawah ini.
Air Terjun Di Hutan Lipur Lata Bayu, Baling, Kedah Buat Kami Kata Perghhh