Dalam banyak-banyak muzium di dunia ini, kemungkinan besar ini mungkin antara muzium paling unik di dunia. Muzium ini tidak menempatkan lukisan-lukisan antik oleh artis ternama dunia tetapi menempatkan produk yang boleh dikatakan gagal dihasilkan oleh syarikat-syarikat terkemuka di dunia.

Museum Of Failure menempatkan barangan yang tidak terjual di pasaran atau pun ianya sesuatu yang tidak relevan langsung dengan syarikat yang mengeluarkan produk tersebut. Siapa dahulu pernah pakai Nokia N-Gage? Di muzium ini tersimpan model Nokia ini. Mungkin semasa ianya keluar N-Gage nampak cool. Tetapi secara umumnya, ianya tidak begitu praktikal.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Begitu juga dengan beberapa produk dari syarikat besar yang lain seperti Google pun tidak terlepas mempunyai produknya di sini. Google Glass tidak mendapat sambutan kerana ianya terlalu high tech dan kebanyakkan premis di Amerika Syarikat tidak mengizinkan penggunaan Google Glass di premis mereka. Antara produk lain adalah Coke Blak (Coke perisa kopi), permainan monopoli Donald Trump dan lasagna jenama Colgate. Hm, bagaimanalah rasanya lasagna jenama Colgate ini.

Menurut pengasas muzium ini, Samuel West tujuan sebenar muzium ini dibuat bukanlah untuk mentertawakan produk yang dicipta ini. Ianya lebih untuk melihat bagaimana manusia belajar dari kegagalan. “Inovasi memerlukan kegagalan. Belajar dari kesilapan sebenarnya adalah bagus untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Muzium ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 7 Jun depan di Helsingborg, Sweden. Nampaknya adalah tujuan untuk terjah kawasan Scandinavia di masa hadapan.