Nama Raisa ‘trending’ di Twitter sejak semalam selepas dia dijemput untuk menjadi juri jemputan dari Indonesia di sebuah program hiburan tempatan, Gegar Vaganza.

Menjadi bualan ramai apabila Nabil Ahmad selaku pengacara telah persendakan Raisa yang memberikan komen kepada peserta, Hazrul Nizam dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Baca Juga:

Dapat dilihat, Raisa kelihatan kurang senang dan raut wajahnya berubah serta memberikan komen dengan menggunakan bahasa Indonesia selepas itu. Hal ini telah meraih perhatian penonton yang menonton program tersebut.

https://twitter.com/muqriaziz/status/1589282606709108736

Rata-rata netizen berasa kurang senang melihat tindakan Nabil yang dilihat bergurau keterlaluan dan sepatutnya menjaga adab serta menghormati keputusan penyanyi tersebut untuk menggunakan bahasa yang selesa digunakan.

Tidak hanya itu, ada juga netizen yang menyifatkan tindakan Nabil tidak profesional dan seharusnya lebih peka dalam menjaga hati semua pihak agar tidak dilihat ‘kurang ajar’.