Sebelum ini, bekas isteri kepada vokalis kumpulan Bunkface telah mendakwa Sam Bunkface mengabaikan tanggungjawab terhadap anak mereka, Maleeq selepas Sam membuat permohonan pindaan nafkah.

Susulan dakwaan tersebut, Sam bertindak menepis dakwaan bekas isterinya, Aida Azira sekaligus mahu membersihkan namanya dan keluarga menerusi satu video yang dimuat naiknya di Instagram.

Baca Juga:

https://www.instagram.com/p/Cqfv2C0hsH-/?hl=en

“Saya tak pernah langsung mengabaikan tanggungjawab dan nafkah anak walaupun sebulan. Saya siap bayar lebih dan menjaga Maleeq selama dua minggu, bergilir dengan Aida setiap bulan,” kata Sam.

Menurut Sam, punca mengajukan permohonan pindaan nafkah anak mereka dua tahun lalu adalah daripada RM1,300 kepada jumlah yang mampu dilunaskan.

Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat Sam dan meminta bukti andai tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti dikatakan.

Malah, Sam turut mendedahkan bahawa dia tidak berjumpa anaknya dalam tempoh yang agak lama disebabkan Aida memindahkan Maleeq ke Melaka tanpa persetujuannya.

Untuk rekod, Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit rancangan sebuah stesen televisyen pada 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian.