Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila para peniaga untuk jualan raya Hooray x Fest Raya telah meluahkan kekecewaan dan kemarahan mereka apabila acara yang sepatutnya berlangsung pada hari ini iaitu 19 April sehingga 21 April 2023 telah dibatalkan saat akhir.

Susulan daripada pembatalan acara tersebut pada saat akhir telah mengakibatkan para peniaga berdepan kerugian besar dan mendesak menuntut ganti rugi daripada pihak penganjur.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

@haffizwahab24

Boy Iman Scam Event PWTC. x habis2 buat hal Boy Iman ni😂🤣

♬ original sound – Haffiz Wahab581 – Haffiz Wahab581

https://www.tiktok.com/@fansprojectorband/video/7223731573022133510?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7208720394391897601

@annisahalalmartks

Sedih sgt… #hoorreyxfestraya #pwtc #wtc #scam #boyiman

♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Selepas terima desakan hebat daripada para peniaga, pihak penganjur mendedahkan bahawa Boy Iman adalah individu yang terlibat di sebalik penganjuran karnival Aidilfitri tersebut.

Menerusi satu kenyataan yang dibuat oleh Pengurus Hal Ehwal Awam WTCKL, Hadi Wahab berkata pihaknya memohon maaf di atas segala kesulitan dan menyatakan mereka tidak bertanggungjawab atas sebarang bentuk kerugian.

“Pihak WTCKL tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung. Hal ini kerana WTCKL hanya merupakan venue provider sahaja dan tidak terlibat dalam pengurusan yang dikendalikan oleh TENVIEW (M) SDN BHD,”katanya.

Terbaharu, Boy Iman tampil memberikan kenyataan selepas namanya dipetik sebagai penganjur acara tersebut dan mengatakan bahawa dirinya tidak layak memberikan sebarang kenyataan kerana dia bukanlah pemilik syarikat.

“Saya hanyalah PEKERJA yang makan gaji tertakluk pada surat tawaran kerja dan surat pelantikan yang dikeluarkan kepada saya mengikut skop kerja yang termaktub disitu ditandatangani oleh saya dan CEO syarikat.” kata Boy Iman

Tambahnya di Insta Story, Boy Iman berkata orang ramai seharusnya bijak membuat semakan terlebih dahulu seperti carian enjin Google mengenai maklumat SSM dan tidak seharusnya mudah mempercayai sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa.

Sementara itu, pihak penganjur bersetuju untuk mencagarkan tujuh buah kenderaan milik mereka selain meminta tempoh selama tujuh hari bagi menyelesaikan semuanya.

Sekiranya sepanjang tempoh tersebut mereka gagal, maka pihak terlibat mempunyai hak untuk melakukan apa-apa sahaja terhadap kereta yang dicagarkan sewaktu berbincang dengan orang ramai.