Pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris tidak menepati selera para peminat sukan tanah air apabila menganggap ia sebagai upacara yang teruk dan kacau bilau.
Penganjur temasya itu kali ini membuat kelainan apabila ia berlangsung di sepanjang Sungai Saine buat kali pertama dalam sejarah berbanding sebelum ini dilakukan di stadium.
Terdapat beberapa situasi tidak digemari oleh para peminat sukan seperti perarakan menggunakan bot dan persembahan yang mengandungi unsur LGBT ketika upacara berlangsung.
Kontinjen negara muncul dengan busana ‘The Malaya’ rekaan Rizman Ruzaini namun peminat tidak puas hati dengan kedudukan kamera yang dilihat agak jauh dan ditayangkan tidak sampai 10 saat.
Di atas bot tersebut, terdapat enam atlet dan empat pegawai dengan penerjun, Bertrand Rhodict Lises dan atlet pelayaran, Nur Shazrin Mohamad Latif menggalas tanggungjawab sebagai pembawa Jalur Gemilang.
Mereka disertai Nur Dhabitah Sabri (terjun), Khairulnizam Mohd Afendy (pelayaran), Ashley Lau (golf) dan Tan Rouxin (renang) di atas bot yang turut membawa delegasi dari Malawi dan Maldives itu.
been waiting for more than 1 hour and they just gave us few seconds of screentime? I sacrificed my sleep for nothing and I HAVE WORK AT 7AM #TeamMAS pic.twitter.com/YyUkf9h4kP
— dianne gerdon (@heydianne__) July 26, 2024
“Bergaya apa atlet Malaysia, tunggu lama-lama tapi dapat tengok wakil Malaysia sekejap saja, buang masa betul,” tulis seorang pengguna facebook di ruang komen.
“Tak puas tengok min jauhhh betul camera. Better buat dlm stadium lah macam selalu baru clear outfit atlet setiap negara,” tulis seorang pengguna facebook lagi.
Bosan la opening Olimpik Paris ni. Syok sendiri. Tak ada wow factor.
— YBAE Mimms (@baldhaenton_) July 26, 2024
Opening ceremony Olimpik paling teruk…boring giler. Rugi baju cantik-cantik, tapi tak kena dgn occassion. Mana lampu nak nampak warna emasnya? @MSNMALAYSIA n @KBSMalaysia tak check ke details opening ni sblm pilih baju kontinjen nak pakai? Dah macam pak maon kena simbah air masa… pic.twitter.com/ULmVSttUhQ
— Tom My Pisa* (@my_pisa) July 26, 2024
Olimpik paris paling lgbt sekali. Dah laa bertabur. Akan dikenang sebagai pembukaan olimpik paling teruk. Sekian. #Paris2024
— SNHi (@snh7710) July 26, 2024
Apekejadahnya ni pembukaan olimpik Paris ni macamni. Ingatkan isu baju olimpik malaysia je menyedihkan, tambah ini pulak. Inilah opening olimpik paling bosan dan menyedihkan pernah aku tengok selama aku hidup ni.
— Cik Farhana (@frhnarsln_) July 26, 2024
Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung dari 26 Julai 2024 sehingga 11 Ogos 2024, merupakan Sukan Olimpik edisi ke-30. Ini menjadi penyertaan ke 15 bagi kontinjen Malaysia sejak 1964.
26 atlet Malaysia akan beraksi dalam 10 jenis sukan seperti terjun, renang, sukan pelayaran, menembak, berbasikal, angkat berat, badminton, golf, dan olahraga.
Info siaran langsung semua aksi atlet negara dalam Sukan Olimpik 2024 boleh rujuk di sini.