Filem terbaharu arahan Syafiq Yusof, Sheriff yang dilakon watak utama Zul Ariffin sudah mula ditayangkan di negara jiran, Indonesia susulan sambutan luar biasa di Malaysia.

Baru-baru ini ketika gala premiere filem itu diadakan di CGV Grand Indonesia, ucapan Zul Ariffin kepada peminat Indonesia telah mencuri perhatian netizen Malaysia.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Ini kerana beliau menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya, tanpa sebarang ‘slang’ Indonesia dalam ucapan tersebut.

@zafcgangza

Team #sheriff kini berada di Indonesia(Jakarta)!! let’s gooo watch film #sheriff berdekatan dengan anda semua!!! #zulariffin #sheriff #Narkolntegriti @Zul Ariffin

♬ Bloody Mary – Instrumental – Lucidity

“Assalammualaikum semua, saya Zul Ariffin. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk menonton filem Sheriff.

“Alhamdulilah, semoga apa yang dipertontonkan tadi dapat perhatian anda semua. InshaAllah,” ujar Zul kepada ratusan penonton Indonesia yang berada di hadapannya.

Walaupun video dimuat naik itu ringkas, namun netizen berasa bangga Zul mengutamakan bahasa ibunda tanpa campuran slang negara jiran.

Netizen Bangga Zul Ariffin Cakap Bahasa Malaysia Semasa Gala Premiere Sheriff Di Indonesia
Sumber Gambar: TikTok @zafcgangza
Sumber Gambar: TikTok @zafcgangza
Sumber Gambar: TikTok @zafcgangza
Sumber Gambar: TikTok @zafcgangza

Filem Sheriff mengisahkan anggota polis dari Jabatan Integriti bernama Sheriff yang ditugaskan menyelesaikan kes ‘Meth Killer. Dia berpasangan dengan Nazri (Syafiq Kyle), seorang anggota polis muda dari Jabatan Narkotik.

Misi mereka adalah untuk menumpaskan sindiket dadah yang diketuai oleh Tony Ifrit (Dato’ Aaron). Sindiket terbabit sering terlepas daripada cengkaman undang-undang, setiap kali menerusi proses penghakiman.

Setakat 19 Mei lalu, filem Syeriff telah telah mendominasi pawagam di Malaysia dengan kutipan sebanyak RM60.5 juta.