Sebelum ini The Vocket pernah berkongsi kisah beberapa kumpulan berasingan ‘geng motosikal’ didenda kerana melanggar SOP dengan berkonvoi setelah ‘tersalah tafsir’ kelonggaran aktiviti permotoran yang diumumkan oleh kerajaan pada dua minggu lalu.
Kali ini tular pula rakaman video dashcam lama yang dimuat naik semula di mana sekumpulan geng Honda Civic berkonvoi beramai-ramai dan lebih teruk lagi, cara pemanduan mereka mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain yang menggunakan laluan tersebut ketika waktu itu.
Di dalam rakaman tersebut kita dapat lihat sepuluh buah Honda Civic telah memotong lori treler secara berbahaya di kawasan selekoh dan di atas double line sehingga masuk ke laluan bertentangan.
Lebih menggeramkan lagi apabila Honda Civic yang ke-11 yang tercicir dibelakang menghimpit sebuah Honda Jazz yang berada di belakang lori treler dan menyelit di antara kereta yang merakam situasi tersebut dengan lori treler semata-mata mahu mengejar rakan-rakan konvoi yang lain.
Sememangnya rakaman video dashcam itu menerima kecaman yang teruk oleh para netizen yang sememang sudah cukup lama memendam perasaan geram dengan sebahagian geng Honda Civic yang tidak bermoral semasa berada di atas jalan raya.
Tambah netizen lagi, sekiranya pemandu mahu menujukkan skill aksi lasak semasa memandu, mereka seharusnya melakukan perkara tersebut di dalam kawasan litar tertutup bukannya menggunakan kawasan jalan raya awam.
Perbuatan 11 pemandu Honda Civic ini bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri, bahkan ia melibatkan pengguna jalan raya lain. Jika ‘tersilap haribulan’, mereka pasti akan menyesal seumur hidup.
Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah perkongsian mangsa semasa situasi berlaku ketika kereta yang dinaikinya berlanggar dengan Toyota Yaris yang dipandu secara berbahaya.
Mangsa Proton Wira Kongsi Situasi Yang Berlaku Semasa Kemalangan Dengan Toyota Yaris
Geng Motosikal Salah Tafsir Kebenaran Aktiviti Permotoran, Kena Kompaun Ketika Berkonvoi
Kes Harian Belum Berkurangan, Netizen Kecewa Geng ‘Motosikal Besar’ Berkonvoi Dan Langgar SOP