Kecoh nama Puan Mira di dalam media sosial berhubung kebiadapannya terhadap Pengerusi MARA apabila disoal tahap pengurusan kantin di MRSM yang cukup teruk.

Namun, perkongsian seorang wanita yang juga bergelar pengusaha kantin ini meraih perhatian ramai kerana berjaya meraih markah yang cukup tinggi selepas diperiksa oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini.

Difahamkan dia pada mulanya terkejut mendengar perkhabaran daripada staff tentang kantinnya telah diterjah secara mengejut oleh pihak KKM.

Dia meluahkan rasa takut dan tidak lekang doa di bibir sewaktu dalam perjalanan ke kantin miliknya dan berharap semua dalam keadaan teratur. Kerisauan tersebut timbul kerana bakal dikenakan saman dan denda jika didapati persekitaran kotor dan seumpamanya.

Namun dia mampu tersenyum semula selepas dimaklumkan bahawa kantin yang dikendalinya muncul antara yang dapat markah tinggi iaitu 94% untuk pemeriksaan pada kali ini.

Sumber Gambar: TikTok

Malah, staf KKM siap soal tiada masakan di kantin ke dek kerana sudah kemas meskipun belum waktu rehat lagi. Jawabnya, staf akan masak sebanyak 13 seleksi lauk untuk cikgu dan 16 seleksi lauk untuk pelajar. Sebaik selesai, para staf akan membersihkan kawasan dapur dan kantin untuk memastikan kebersihan terjamin pada setiap masa.

Dia turut mendedahkan sentiasa menasihati para pekerjanya untuk menjaga kebersihan pada setiap hari walaupun tiada pemeriksaan dari pihak KKM.

Sumber Gambar: TikTok

Di pengakhiran video itu, wanita itu sangat berpuas hati dengan prestasi staf dan kualiti kantinnya apabila berjaya meraih skor setinggi 94%.

@nanashukrii

Tiap hari duk tunggu kedatangan dia , tapi masa buna takde kat kantin tu la dia sampaiii . Tapi alhamdulillah semua baik2 je . #kakakkantincantik #makcikkantin #kantinsekolah #kkm

♬ suara asli – menantunyapakfauzi – menantunyapakfauzi

Menjengah ke ruangan komentar, selain netizen gembira melihat pencapaian pengusaha kantin ini bersama pasangannya, ada yang berseloroh meminta mereka menggantikan tempat pengusaha kontroversi di MRSM yang tular baru-baru ini.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Dalam masa sama, ramai mendoakan agar pengusaha ini dimurahkan rezeki kerana memberikan perkhidmatan terbaik di samping boleh menjadi role model buat pengusaha kantin lain di luar sana.

Selain itu, ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah ini dan guru yang bertugas sempat berkongsi pengalaman mereka yang sangat seronok dengan layanan yang diberikan oleh pengusaha kantin ini dan meminta agar mereka kekal menyediakan perkhidmatan di situ.