Satu video tular di mana pemandu pacuan 4 roda dengan selamba membuang sampah keluar dari kenderaannya. Tindakan tiada sivik itu jelas sekali tidak disenangi oleh seorang lagi pemandu yang berada di lorong bertentangan.

Ketika ditegur, pemandu pacuan 4 roda itu kemudiannya menunjukkan isyarat tangan lucah dan tidak menerima tegurannya. Sikap pemandu pacuan 4 roda tersebut dianggap seperti orang yang ‘tak sekolah’.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Dia langsung tidak meminta maaf atau memperbetulkan kesilapannya. Misalnya mengutip balik sampah itu. Sebaliknya dengan wajah ego terus menutup tingkap kenderaannya dan mahu berlalu.

Pemandu yang menegurnya itu meminta agar dia menunjukkan contoh yang baik kepada budak budak. Dia keluar dari kereta itu dan mengutip sampat tersebut dalam pada masa yang sama masih membebel tidak berpuas hati dengan sikap pemandu pacuan 4 roda itu.

Netizen mengecam tindakan pemilik pacuan 4 roda merah itu yang dianggap tidak bertamadun. Malah ada yang mengeneralisasikan pemandu pacuan 4 roda memang jenis suka buat hal dan bersikap teruk.

“Kereta je besar tapi otak kecik,” kata komen netizen seterusnya.

Komen yang lain pula meminta agar video tersebut dihantar ke majlis perbandaran agar pemandu tersebut dikenakan tindakan.

Mereka juga berharap agar spesis seperti ini tidak membiak lagi selepas ini dalam usaha kita mahu membentuk persekitaran yang bersih dan sihat.

Netizen yang seterusnya berkata: “Campak balik sampah letak dekat belakang kereta dia. Geram pulak aku tengok. Dah tua tetapi bodoh.”