Selama ini kita hanya mendengar frasa pergi Mekah balik hari yang mana dikira sekadar gurauan untuk seseorang yang jual barangan mahal. Namun, ternyata memang ada orang yang mempunyai kekayaan sehingga mampu buat sebegitu di dalam dunia sebenar

Baru-baru ini, seorang pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim sanggup bertolak ke Mekah, transit di Jeddah dan balik pada hari yang sama demi untuk membeli minyak wangi Musk Al-Rumman yang diminati.

Baca Juga:

Menerusi video yang dikongsikan, Ryzal menjelaskan minyak wangi tersebut hanya boleh didapati di Mekah.

Bagaimanapun, Ryzal meluahkan rasa kecewa disebabkan tidak dapat menunaikan umrah dek kerana hanya ada beberapa jam sahaja untuk singgah di Mekah pada ketika itu.

“Ryzal sekarang berada di Jeddah, dalam perjalanan ke Mekah untuk membeli minyak wangi.

“Selepas beli minyak wangi, Ryzal akan naik teksi yang sama dan balik ke Lapangan Terbang Jeddah. Ada empat jam lagi, Ryzal kena berada di lapangan terbang semula pada pukul 1 petang.

“Ryzal datang ke Mekah dari London. Kalau hendak buat umrah memang tidak sempat. MasyaAllah, tidak boleh lupa bau minyak wangi tersebut,” katanya di dalam video.

Menurut Ryzal, dia ingin menunaikan umrah kerana sudah berada di Tanah Haram, tetapi terpaksa melupakan niatnya itu atas faktor kekangan masa.

“Mungkin sebab Allah SWT tidak izinkan, maka tidak jadilah (melakukan umrah). Apa sahaja yang kita lakukan, semuanya atas izin Allah SWT.

“Perancangan Tuhan adalah yang terbaik,” ujarnya lagi.

@ryzalibrhm

Insha-Allah ada rezeki kita datang lagi

♬ original sound – Ryzal Ibrahim – Ryzal Ibrahim

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘iri hati’ atau cemburu dengan Ryzal kerana mampu pergi ke Mekah dan balik pada hari yang sama.

Netizen ‘Iri Hati’ Dengan Ryzal Ibrahim Sebab Boleh Pergi Mekah Balik Hari
Sumber Gambar: TikTok @ryzalibrahim
Netizen ‘Iri Hati’ Dengan Ryzal Ibrahim Sebab Boleh Pergi Mekah Balik Hari
Sumber Gambar: TikTok @ryzalibrahim

Walaupun begitu, ramai merasa teruja dapat melihat seseorang berbuat sedemikian di dalam realiti seperti yang diungkapkan oleh orang ramai.