Imaginasi dan kreativiti yang terdapat pada kanak-kanak sangat luar biasa. Mereka mampu menghasilkan cerita hanya menggunakan imaginasi sahaja.

Seperti kisah yang dimuat naik oleh seorang ibu @suhanamdaud di laman Twitter mengenai aktiviti yang dilakukan oleh anak-anaknya semasa cuti sekolah tempoh hari.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Menurut perkongsian tersebut, anak-anak beliau dilihat telah berjaya menghasilkan satu video stop motion berdasarkan filem Ghostbuster.Β 

Untuk makluman semua, stop motion adalah teknik membuat animasi atau filem dari potongan-potongan gambar yang dibuat seolah-olah menjadi berhubungan satu sama lain, sehingga membentuk suatu gerakan atau cerita.

Menurut Suhana, gambar yang ditangkap bagi menyiapkan keseluruhan video stop motion yang berdurasi 2 minit 44 saat itu adalah sebanyak 1500 keping gambar.

Sumber: Twitter @Suhanamdaud

Tambah beliau lagi, beliau hanya membekal sebuah telefon pintar jenama iPhone 5s lama miliknya kepada anak-anaknya. Tiga orang adik-beradik ini bersama-sama menyiapkan projek ini selama dua minggu. Proses yang terlibat dalam pembikinan video ni bermula dari mengambil gambar, rakaman suara dan juga editing.

Rata-rata netizen berasa kagum melihat video stop motion tersebut. Majoriti daripada mereka memuji usaha anak-anak beliau itu kerana proses untuk menghasilkan video stop motion bukanlah sesuatu yang mudah.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menarik minat kanak-kanak lain untuk berkecimpung dalam bidang sebegini. Buat anak-anak Puan Suhana, semoga terus maju jaya di masa hadapan.

Terdahulu, seorang kanak-kanak berjaya buatkan ramai netizen kagum kerana surat terbukanya. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Dari Surat Terbuka Hingga Ke Temu Bual, Kanak-Kanak Ini Berjaya Buatkan Ramai Netizen Kagum

Kanak-Kanak Ini Kongsi Cara Mudah ‘Goreng’ Keropok Ikan Dengan Microwave

Kesungguhan Kanak-Kanak Ini Kumpul Wang Beli ‘Corn Dog’ Membuatkan Netizen Tersentuh