Kecoh baru-baru ini apabila tular sebuah video yang memperlihatkan seorang pengguna motosikal Yamaha 125Z merempuh pegawai JPJ sewaktu sekatan dibuat.

Tindakan yang berlaku telah menerima pelbagai reaksi di kalangan netizen yang terkejut dengan tindakan penunggang motosikal berkenaan. Tidak kurang juga yang simpati dengan pegawai JPJ berkenaan yang sedang menjalankan tugas.

Baca Juga:

Sementara itu, berbeza pandangan segelintir pengguna media sosial di TikTok yang menyokong tindakan rider berkenaan merempuh roadblock yang dilakukan JPJ menerusi perkongsian Facebook AMAR.

Kagum dengan tindakan rider Yamaha 125Z berkenaan, tidak mengedahkan keadaan pegawai JPJ dan seronok melihat JPJ dikecam antara komen daripada pengguna TikTok menerusi insiden berkenaan.

Situasi yang berlaku serta tiada rasa hormat kepada pegawai yang bertanggungjawab ini sekaligus telah menimbulkan kerisauan serta rasa pelik netizen terhadap generasi yang dianggap lebih muda ini. Berikut merupakan respon netizen mengenai situasi yang berlaku.

Rata-rata mengharapkan agar generasi belia seterusnya tidak hilang hormat kepada pegawai badan beruniform sekaligus memastikan setiap penunggang jalan raya mengikut undang-undang jalan raya seperti yang ditetapkan.