Gegar Vaganza musim keenam sekali lagi membuat kejutan apabila dua peserta rancangan itu iaitu Naqiu dan Hady Mirza diumumkan sebagai juara bersama pada konsert akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, semalam.
Pengumuman tersebut telah mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat-peminat tegar rancangan realiti tersebut. Ini merupakan sejarah baru dalam industri hiburan tanah air di mana terdapat dua juara di dalam satu program rancangan realiti.
Mereka berjaya menewaskan empat peserta lain dan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian, ubah suai rumah dan ruang tamu berserta trofi.
Menurut Juri tetap program realiti itu, Datuk Ramli MS menjelaskan bahawa kemenangan dua juara iatu Naqiu dan Hady Mirza diputuskan olehnya dan barisan juri.
“Saya decide pemenangan adalah dua, dipersetujui oleh Astro. Bukan (sebab) keluarga, bukan apa, memang dua (penyanyi) bagus takkan you cakap nyanyi satu lagu dan tambah satu minggu lagi? Jadi saya putuskan dengan juri ada dua pemenang,” katanya.
Keputusan tersebut sekali gus mencetuskan kontroversi dan menimbulkan ketidakpuas hatian dalam kalangan penonton dan peminat rancangan tersebut. Majoriti peminat tidak bersetuju dengan pengumuman dua juara yang dibuat oleh Astro itu.
Even though I'm happy that Naqiu and Hady Mirza won the competition but I think one of them deserves the spot.
There shouldn't be two kings sitting on the same throne right? It's confusing 🤔#GegarVaganza2019
— ℳ𝒾ℯ_ℳ𝒶𝒶 (@NoRaZReENy) December 22, 2019
Even both of them are too good. But this is competition. Pick the one who better to be winner sudah la. Adat pertandingan menang kalah. Bukan competition kalau dah dua juara. Why!! #GegarVaganza2019
— HambaAllah (@nothinglahhh) December 22, 2019
https://twitter.com/FLjasmy/status/1208772868198166534
Di samping itu, kemenangan tersebut juga mencetuskan perdebatan diantara peminat Naqiu dan Hady Mirza tentang siapa yang lebih layak menjadi juara untuk GV6 tersebut. Kebanyakan peminat dari Malaysia menyokong kemenangan tersebut perlu diberikan kepada Naqiu.
Yes. They can sing. But Naqiu my man, HE IS A PERFORMER. Look at his way of delivering that song. His gesture, his emotion, his facial expression and of course, his singing skill. He got my respect man. #GegarVaganza2019
— Abul ¹⁹⁸⁹ (@pineabul) December 22, 2019
https://twitter.com/ShidaaRusli/status/1208773195739758593
I think markah naqiu lagi tinggi bcs of the solo tapi astro must've look at Twitter and found so many people saying hady is good too. that's why they choose both of them to be the champion.
thats is my pov la idk what bother astro so much sampai ada 2 winner #GegarVaganza2019
— sabreena (@sabrono_) December 22, 2019
https://twitter.com/baiyaati/status/1208772181678649344
Manakala, rata-rata netizen dari Singapura pula mengatakan bahawa Hady Mirza adalah juara sebenar program tersebut dengan memberikan hujah-hujah tertentu.
https://twitter.com/muhdsyuk/status/1208774447575863296
https://twitter.com/CapedMomma/status/1208781404764393477
Dear #GegarVaganza2019, next time if you can’t stand a Singaporean winning your competition, then don’t invite them to compete. Mans got a Singapore Idol and Asian Idol to his name, he didn’t compete for weeks to share a small title which is irrelevant to his career.
— Ridzwan Yusri (@wanaldo) December 22, 2019
Walau bagaimanapun, kedua-dua artis tersebut mempunyai kelebihan dan aura masing-masing yang membuatkan mereka layak bergelar juara. Adakah anda bersetuju dengan keputusan yang diumumkan semalam? Pada pendapat anda, siapakah yang lebih layak menjadi juara?
Dikepilkan beberapa artikel berkenaan Gegar Vaganza 6 yang menarik untuk dijadikan bahan bacaan anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.