Sejak akhir-akhir ini sering kali kita membaca dan mendengar rungutan segelintir pengguna yang memaklumkan minyak masak dan gula bersubsidi sukar untuk didapatkan.
Isu yang berlaku sekaligus membuatkan orang ramai hairan mengenai punca ‘ketiadaan’ barangan asas ini dalam pasaran.
Baca Juga:
- ‘60% Daripada 60 Juta Minyak Masak Paket Digunakan Oleh Peniaga Yang Tidak Layak’ – KPDN
- Permohonan eMADANI Ditolak? Ini Cara Untuk Failkan Rayuan Kepada Penyedia e-Dompet Terpilih
Menerima rungutan dan aduan daripada orang ramai, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka memilih untuk menyerbu secara mengejut kedai yang didakwa menyorok minyak masak dan gula untuk dijual kepada orang ramai.
Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat pegawai KPDN Melaka ini pada awalnya menyamar sebagai orang awam untuk membeli minyak masak paket dan juga gula bersubsidi.
Walau bagaimanapun, pekedai yang merupakan warga asing memaklumkan minyak masak paket dan gula bersubsidi di kedai yang dijaga sudah habis.
Pihak KPDN kemudiannya telah menyerbu stor kedai tersebut dan mendapati jumlah minyak masak paket belum terjual masih berkotak-kotak. Begitu juga dengan gula bersubsidi yang masih banyak disimpan.
Apabila disoal, pekedai ini memaklumkan mereka sengaja menyimpan bagi tujuan untuk dijualkan kepada pemilik restoran. Serbuan yang dibuat terhadap dua kedai ini mendapati kedua-duanya menjalan modus operandi yang sama.
Lebih mengejutkan, pemilik kedai runcit ini merupakan warga Bangladesh yang sekaligus membuatkan orang ramai mempersoal bagaimana warga asing dengan mudah dapat membuka kedai di negara ini.
Serbuan mengejut yang dibuat berdasarkan bukti video KPDN Melaka telah mendapat pujian daripada para netizen.
Rata-rata netizen memaklumkan mereka puas melihat serbuan seperti ini dilakukan dan mengharapkan KPDN negeri lain dapat melakukan perkara yang sama bagi membanteras isu sorok minyak masak dan gula ini.