Netizen kagum melihat Fasha Sandha pergi menghantar dan mencuci baju mereka sekeluarga sendiri tanpa mengharapkan bantuan daripada pembantu rumah. Kerana pembantu rumah bukannya hamba, kata Fasha.

Menurut Fasha Sandha, pembantu rumah juga manusia. Dan ada perkara seseorang itu harus buat sendiri kerja kerja di rumah tanpa bergantung kepada pembantu rumah dalam semua perkara.

Fasha Sandha dikenali sebagai selebriti yang melayani pembantu rumahnya dengan sangat baik. Sebelum ini dia dipuji netizen Malaysia dan Indonesia kerana membawa pembantu rumahnya ke Indonesia agar dia boleh bercuti bersama keluarga mereka.

Fasha Sandha dan keluarganya juga turut bercuti. Ketika di lapangan terbang di Jakarta, Fasha tidak kekok menemui dan beramah mesra dengan keluarga pembantu rumahnya. Dia juga kelihatan terharu melihat pembantu rumahnya menangis berjumpa dengan keluarga setelah bertahun tahun tak berjumpa.

Netizen Sebak Tengok Fasha Sandha Hantar Pembantu Jumpa Keluarga Selepas 7 Tahun

Terbaru dia berkongsi rutin hariannya, di mana dia dan anak perempuannya menarik bakul pakaian untuk mendobi.

“Anak dara ibu dah besar, sembilan tahun tapi dia tak macam sembilan tahun. Alhamdulillah tolong ibu mendobi hasil baju empat hari. Ya betul, selalunya selepas pulang daripada kerja, saya terus pergi mendobi sendiri.

“Ya, buat sendiri dan bukan bibik buat. Bibik tolong bersih rumah, kita tolong mendobi sebab bibik itu bukan hamba untuk kita. Bibik adalah manusia yang dikurniakan oleh Allah, untuk meringankan beban kita.

“Alhamdulillah tahun keempat dah dengan pembantu rumah saya, moga kekal sampai saya bersara.

Di ruangan komen netizen rata rata menganggap Fasha Sandha adalah bos idaman semua pembantu rumah.