Kerap kali kita mendengar kisah peragut dibelasah selepas orang ramai dapat menangkapnya, bahkan lebih menyedihkan ada individu yang dituduh sebagai ‘pencuri’ atau ‘peragut’ maut dibelasah walaupun dia tidak melakukan kesalahan terbabit.
Bagaimanapun baru-baru ini netizen memuji tindakan matang orang awam di Bandar Mahkota Cheras kerana tidak membelasah seorang peragut selepas dia ditangkap beramai-ramai.
Baca Juga:
- Rider GrabFood Dipuji Sanggup Rempuh Motosikal Peragut Untuk Selamatkan Mangsa ‘Berbaju Kelawar’
- ‘Langit Tidak Selalu Cerah’- Bekas Pelaku Kongsi Pengajaran Buat Peragut
- Panik Dengar Jeritan Mangsa, Peragut Ini Terima Balasan ‘Cash’ Terbabas Ke Dalam Longkang
Dalam video berdurasi 17 saat yang dikongsikan semula oleh Twitter @jllmisai itu kelihatan orang awam mengelilingi peragut yang tersepit di motosikalnya. Ada seorang anggota Rela dipercayai meminta orang awam untuk mengikat peragut dengan tali rafia.
Kes ragut di Bandar Mahkota Cheras 2 hari lepas.. Bagus betul orang di situ sanggup kemekkan kereta sendiri langgar motor peragut demi tak mahu dia terlepas. Lagi satu, lepas tangkap tak ada 'kenduri' pun. 👍🏻https://t.co/W6Kxk4arov
— Jalal Misai (@jllmisai) January 21, 2023
Menurut netizen biarlah pihak berkuasa yang mengambil tindakan, bukan orang awam memberikan ‘pengajaran’ sehingga boleh mendatangkan kecederaan dan membahayakan nyawa si peragut.
Pada masa sama orang ramai menyatakan amat sayang sekali lelaki itu memilih untuk menjadi ‘peragut’ kerana dari segi tubuh fizikalnya, dia masih sihat untuk membuat kerja-kerja yang halal.
That’s good, very mature community, tak perlu belasah let’s the justice system handle the thief https://t.co/PFkTfZ2A5V
— potteh_23 🇲🇾🇵🇸✊🏽towards democratic socialism (@23Potteh) January 22, 2023
Law abiding citizen. Educated penduduk BMC ni. Mereka tahu undang2. Mereka tahu ada penguatkuasa yg akan diteruskan ke atas pesalah. Mereka tahu mereka tidak perlu untuk mengotorkan tangan ala2 koboi hendak tegakkn undang2 selepas tangkap pesalah. They just knew it. Darn. https://t.co/matCbzJ9oy
— p•déh (@izhafthes) January 21, 2023
https://twitter.com/Fvridhzm/status/1616851050660786176?s=20&t=pfvn-R9hYN_rkOx1cCQV-Q
Pemandu Proton Wira berwarna putih turut dipuji netizen kerana sanggup rosakkan bahagian hadapan kereta dengan merempuh motosikal supaya peragut tidak dapat melarikan diri.
Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang melaporkan lelaki tempatan berusia 22 tahun telah berjaya ditangkap dalam jarak lebih kurang 10 meter dari lokasi kejadian mangsa diragut.
” Ujian saringan air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine manakala hasil semakan mendapati suspek mempunyai 12 rekod jenayah dan lima rekod dadah.
“Pihak polis menemui kesemua barang milik mangsa termasuk wang tunai, jam tangan, telefon bimbit, dokumen peribadi, lesen memandu, selain beberapa peralatan lain antara spanar, playar, serta pisau lipat.
Pihak polis turut merampas motosikal jenis Honda yang digunakan suspek semasa kejadian.
Suspek direman tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan dan kes-kes ragut lain di dalam daerah Kajang di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian.