Memilik sebuah rumah merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia yang mana mereka mahu memiliki aset berkenaan sebagai tujuan pelaburan atau dijadikan sebagai tempat istirahat dan tempat tinggal bersama keluarga.
Terdapat beberapa jenis kediaman di negara ini dimana tempat tinggal jenis PPR menjadi pilihan untuk dimiliki khususnya golongan muda yang baru menceburi alam pekerjaan.

Baca Juga:
- Makcik Berlakon Jadi Tetamu Kenduri Bawa Lari Wang RM2,500 Milik Tuan Rumah
- Penyewa Tak Dapat Deposit RM13,000, Tuan Rumah Tanda 300 Kerosakan Rumah
- Mahu Elak ‘Jem’, Ahli Perniagaan Bawa Keluarganya Naik Dua Helikopter Untuk Pulang Ke Rumah
Salah seorang individu telah menghias tempat tinggal yang berstatus PPR menyerupai kediaman mahal seperti apartmen atau kondominium sekaligus mendapat perhatian dari netizen di media sosial.
House Tour Malaysia menerusi laman media sosial Instagram milik mereka telah menerjah kediaman milik Puan Nurul di PPR Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian kepada pemilik kediaman dimana menurut mereka, pemilik amat kreatif dalam menghias rumah.
Antara yang mendapat pujian adalah cara susunan perabot, warna cat dan juga kebersihan yang diterapkan oleh Puan Nurul meskipun beliau duduk di kediaman jenis PPR.
“Akak ni boleh dijadikan sebagai satu inspirasi. Cantik betul kediaman dia.”
“Mantap betul. Kalau semua penghuni flat pembersih macam ni, tiada lagi isu kediaman flat kotor macam yang kita selalu dengar.”
“Cantik tandas rumah akak ni. Cara beliau bercerita juga kemas dan teratur. Suka dengar tuan rumah jelaskan pasal rumah,” tulis netizen.
Puan Nurul menyatakan beliau mendapat sumber inspirasi untuk menghias kediaman dengan menonton banyak video YouTube dan belajar dengan susunan dalam bilik hotel sekiranya bercuti.
Puan Nurul merupakan salah satu contoh yang boleh diikuti oleh masyarakat lain tentang bagaimana memastikan kediaman sentiasa bersih dan terjaga sekaligus menjadi tempat yang sihat untuk membesarkan anak-anak dan mencipta keluarga yang sihat di negara ini.