Pengumuman pembukaan rasmi kedai fizikal Apple pertama di Malaysia pada 22 Jun kelak telah menjadi bualan hangat di kalangan pengguna media sosial termasuklah di negara Indonesia.
Walaupun ada sebahagian yang iri hati dengan berita itu, tetap sebahagian lain pula daripada netizen Indonesia mengakui Apple Store itu memang sepatutnya dibuka di Malaysia berbanding di negaranya sendiri.
Baca Juga:
- Lagu ‘Alamak Raya Lagi’ Tular Di Negara Jiran, Netizen Indonesia Minta Jangan ‘Claim’ Rendang
- Netizen Indonesia Sedih Bila Tahu Indomie Adalah Produk Dari Malaysia, Benarkah?
- Netizen Indonesia ‘Bangga’ Karya Baharu Jung Kook Mirip Lagu Ramadhan Datang Nyanyian Tompi
Menerusi komentar di beberapa video TikTok berkaitan pembukaan kedai fizikal Apple itu, ramai netizen dari sana yang membahaskan beberapa sebab mengapa Malaysia lebih layak menjadi pilihan Apple untuk membina kedai rasmi baharunya.
Bagi mereka, walaupun rakyat Indonesia mencecah lebih 200 juta orang namun kuasa membelinya yang rendah sekaligus memperlihatkan jumlah pengguna iPhone yang kecil secara keseluruhannya.
Malah, rata-rata pengguna di sana didapati hanya membeliĀ iPhone terpakai kerana lebih murah berbanding yang baharu.
Bukan itu sahaja, penawaran telefon pintar menerusi platform Android dengan harga mampu milik lebih menarik minat majoriti pengguna di sana berbanding Apple.
Di samping itu, mereka mendakwa pengguna Apple di Indonesia secara khususnya hanya menggunakan iPhone walhal Apple mempunyai sejumlah produk lain di dalam ekosistemnya.
Jadi, pasaran Indonesia dijangka tidak dapat memberikan tahap jualan yang memberangsangkan kepada syarikat Apple dalam jangka masa panjang.
Lalu, mereka membuat kesimpulan bahawa Apple sudah membuat pertimbangan potensi jualan di Malaysia jauh lebih besar kerana penawaran produk-produknya lebih dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, mereka turut meluahkan kegembiraan kerana boleh melawati kedai fizikal rasmi Apple di TRX kelak dan membeli iPhone terus di Malaysia selepas ini.