Setiap individu yang bekerja di Malaysia sememangnya diwajibkan untuk mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebagai simpanan persaraan kelak.

Namun, menjadi persoalan sebesar manakah simpanan individu di negara ini kerana laporan sebelum ini mendedahkan lebih 6 juta ahli KWSP bawah 55 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Menerusi akaun TikTok @MrMoneyTV, dia telah berkongsi sebuah video menemu ramah sejumlah golongan muda berbangsa Cina di tempat kerjanya berkaitan simpanan peribadi KWSP setakat ini.

Apa yang mengejutkan ramai penonton apabila rata-rata mereka memiliki simpanan cecah ratusan ribu ringgit di dalam akaun KWSP masing-masing.

Purata simpanan mereka bermula RM100,000 sehingga RM300,000 dan hanya sebahagian kecil sahaja yang mendakwa miliki RM15,000 dan ke bawah. Untuk menguatkan lagi dakwaan mereka, salah seorang daripadanya menunjukkan jumlah semasa simpanan cecah enam angka di dalam aplikasi KWSP.

Di dalam video itu juga, majoriti daripada mereka mengakui tanpa caruman KWSP yang diwajibkan ini menjadi satu perkara mustahil untuk memiliki simpanan pesaraan sebanyak itu.

Di pengakhiran video itu, pencipta konten perihal kewangan ini gembira dengan perkembangan tersebut kerana semakin ramai rakyat Malaysia cakna dengan kepentingan perancangan kewangan untuk pesaraan kelak.

@mrmoneytvchannel

KWSP saving for us because we won’t 🙃

♬ original sound – Mr Money TV – Mr Money TV

Perkongsian video tersebut ternyata meraih perhatain netizen dan rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dengan jumlah simpanan yang besar di dalam akaun KWSP milik golongan muda berbangsa Cina menerusi video itu.

Netizen Terkejut Simpanan KWSP Golongan Muda Berbangsa Cina Cecah Ratusan Ribu Ringgit
Sumber Gambar: TikTok
Netizen Terkejut Simpanan KWSP Golongan Muda Berbangsa Cina Cecah Ratusan Ribu Ringgit
Sumber Gambar: TikTok

Sebahagian netizen lain mengeluh ekoran memperolehi gaji yang rendah membuatkan mereka sukar membuat simpanan sebanyak itu mesikupun sudah bekerja dalam tempoh yang lama.