Memilih lokasi yang tepat adalah sangat penting dalam dunia perniagaan.
Lokasi perniagaan yang ideal dan baik adalah terdapatnya peningkatan permintaan daripada penduduk setempat, kadar populasi yang semakin berkembang, akses yang baik serta dari segi keselamatan.Semua faktor ini dapat membantu meningkatkan potensi pertumbuhan perniagaan.
Oleh itu, NEXUS merupakan pilihan terbaik sebagai satu platform kejayaan masa hadapan Terletak di tengah-tengah perbandaran Seremban 2 yang pesat membangun, NEXUS bakal menjadi gerbang baharu bagi urusan harian penduduk Seremban 2 dan kejiranan berdekatan dengan populasi menghampiri 100,000.
Seremban 2 juga merupakan sebuah perbandaran yang menawarkan pelbagai kategori pembangunan perumahan daripada hartanah mampu milik hinggalah pembangunan eksklusif.Kuasa membeli populasi di dalam perbandaran Seremban 2 menjadikan NEXUS pilihan bijak bagi pelabur.Pengaruh kuasa beli yang kuat sering dikaitkan dengan pengukuhan ekonomi yang makin meningkat saban tahun.
Bangunan dengan rekaan retro moden
NEXUS menawarkan 166 unit kedai berpegangan kekal yang direka untuk menjadikan sesebuah perniagaan mempunyai gaya tersendiri dan menjadi tumpuan utama kepada penduduk Seremban 2. Kawasan-kawasan sekitar juga turut menerima manfaat daripada pembangunan ini, membuktikan wujud potensi peluang perniagaan yang tiada had kepada para pelabur.
Memandangkan lokasinya yang strategik, setiap unit NEXUS di kawasan ini menjadi idaman para pembeli. Sebagai contoh pembangunan komersial IJM Land di Seremban 2 sebelum ini, IKON mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila semua unitnya habis terjual dalam masa satu hari. Kejayaan ini merupakan bukti dan kepercayaan pembeli serta pelabur untuk merebut setiap unit pembangunan di dalam perbandaran Seremban 2.
Secara keseluruhannya, NEXUS @ Seremban 2 adalah sebuah pusat komersial ideal yang terletak di kawasan strategik ; seiring dengan permintaan yang kian meningkat bagi pelbagai premis seperti kedai runcit, restoran, supermarket, farmasi, kafe, dan lain-lain.
Perbandaran yang pesat membangun
Sebagai sebuah bandar yang memenangi pelbagai anugerah, Seremban 2 adalah lokasi ideal dan lengkap untuk anda. Disekelilingnya penuh dengan pelbagai tarikan serta fasiliti yang mesra masyarakat seperti kompleks sukan dan taman-taman komuniti dalam persekitaran yang lebih selamat dan tenang.
Dari segi kesihatan, pusat- pusat perubatan pula berada dalam jarak dekat antaranya Pusat Penjagaan Kesihatan SEHAT, Hospital Columbia Asia, Hospital Pakar KPJ Seremban, dan Klinik Kesihatan Seremban 2.
Seremban 2 direka untuk memenuhi setiap keperluan kejiranan. Penduduk tidak perlu pergi jauh kerana mereka mempunyai akses mudah untuk ke pusat membeli-belah dan pasar raya t seperti Mydin Mall, S2 Centrio, Uptown Avenue, AEON Mall, NSK Trade City, Lotus’s Hypermarket, Seremban Gateway, Palm Mall, dan banyak lagi.
Untuk kesihatan, pusat perubatan pula berada dalam jarak dekat antaranya Pusat Penjagaan Kesihatan SEHAT, Hospital Columbia Asia, Hospital Pakar KPJ Seremban, dan Klinik Kesihatan Seremban 2.
Selain itu, ibu bapa yang mempunyai anak kecil akan gembira mengetahui bahawa terdapat banyak sekolah awam dan antarabangsa yang boleh diakses di bandar ini, seperti SK/SMK Seremban 2, SJK(C) Tung Hua, Zenith International School, REAL Kids, SJK (T) Convent Seremban, dan lain-lain.
Dengan segala potensi yang ada, NEXUS menjanjikan pulangan terbaik untuk para pelabur dan pembeli. Jika anda berminat untuk membuka perniagaan atau mahukan info lanjut tentang NEXUS, klik di sini untuk nyatakan minat anda.