Kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal enggan untuk mendaftarkan bekas ketua pasukan skuad kebangsaan Brazil, Neymar bagi menghadapi saingan liga musim 2024/2025.
Perkara ini disampaikan oleh pengurus pasukan iaitu Jorge Jesus dimana pemain berusia 32 tahun itu hanya boleh beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL) Elite sahaja.

Baca Juga:
- ‘Mustahil’ – Pendapat Javier Mascherano Mengenai Neymar
- Bapa Dedah Neymar Tinggalkan Barcelona Kerana Messi
- Pertahankan Vinicius, Neymar Sindir Rodri Yang Semakin Banyak Cakap
Menurut Jorge, Neymar dianggap tidak lagi mampu bermain pada tahap yang tertinggi sekaligus menimbulkan keraguan tentang masa depannya bersama kelab.
🚨❌ Neymar will NOT be registered for second-half of Saudi Pro League.
Jorge Jesus: “Ney will not be registered, but he can participate in the Asian Champions League”.
“He’s world class. But the truth is, physically, Neymar can no longer perform at the level we are used to”. pic.twitter.com/e7YFqVNF3k
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 17, 2025
“Neymar tidak akan didaftarkan dalam pasukan untuk menghadapi saingan liga. Dia boleh beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia. Liga Saudi adalah salah satu liga terbaik di dunia. Semua pemain Al-Hilal boleh bermain untuk mana-mana kelab di Eropah. Dia tidak boleh bermain di tahap yang kita biasa hadapi.
“Malangnya dia masih terikat kontrak dengan Al Hilal dan mungkin terpulang kepada beliau untuk menentukan masa depannya. Kami tidak tahu apa-apa mengenai masa depan Neymar. Kami mempunyai tempat yang tersedia dalam pasukan yang dikhaskan untuk pemain yang lahir pada 2003 atau lebih baru,” kata Jorge.
Bekas pemain Paris Saint-Germain itu mengalami kecederaan ligamen lutut semasa mewakili negaranya dalam kelayakan Piala Dunia pada Oktober tahun 2023.
Setakat ini dia hanya bermain tujuh kali dan menjaringkan satu gol untuk kelab itu. Walaupun terdapat pilihan untuk melanjutkan perjanjiannya selama 12 bulan lagi, Neymar nampaknya ditakdirkan untuk keluar musim panas selepas tempohnya beraksi di Timur Tengah yang dianggap sebagai satu kegagalan.
Senario paling baik, Neymar mungkin hanya bermain tujuh perlawanan lagi untuk Al-Hilal jika mereka mara ke final Liga Juara-Juara AFC musim ini. Perlawanan pusingan 16 di tempat sendiri dan tempat lawan akan berlangsung pada Februari.