Penjenayah siber kini tampil lebih licik kerana boleh memanipulasi peranti kecil seperti model Nokia terdahulu dengan menjadikannya sebagai antara muka untuk mengambil alih sistem kawalan kereta.

Senario ini berlaku dengan hanya menggunakan sambungan Bluetooth pada model Nokia 3310 di mana penggodam di Amerika Syarikat berupaya mencuri kereta hanya dalam masa 15 saat sahaja.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkara ini berdasarkan kepada video YouTube yang dikongsikan oleh Motherboard menerusi saluran mereka berdurasi 27 saat yang menunjukkan seseorang hanya menggunakan Nokia 3310 untuk menghidupkan kereta jenis Toyota Rav4.

Pada awalnya, enjin gagal dihidupkan dengan lampu merah berkelip kerana dia tidak mempunyai kunci. Kemudian, lelaki itu dilihat mengeluarkan sebuah telefon 3310 yang telah dimodifikasi bagi membolehkan godaman dilakukan.

Bersama kabel hitam USB, lelaki itu kemudiannya menyambungkan telefon Nokia itu pada kenderaan tersebut dan memilih beberapa pilihan arahan pada skrin LCD kecil 3310.

Paparan berbunyi dan memaparkan ‘Connect. Get Data’. Lelaki itu pun cuba memulakan keretanya sekali dan ternyata terus enjin tersebut berjaya dihidupkan.

Seorang vendor yang menjual telefon Nokia 3310 pada harga €3,500 (~RM17,000), manakala satu lagi mengiklannya dengan harga €4,000 (~RM19,450).

Menurut laporan Motherboard, teknologi seperti itu sedia dijual dengan harga antara €2,500 (~RM12,156) sehingga €8,500 (~RM87,525) dengan banyak menerusi dark web dan saluran Telegram bagi menggodam kereta-kereta mewah seperti Maserati, Land Cruiser dan Lexus.

Alat itu berfungsi dengan menghantar mesej palsu yang kelihatan seolah-olah mesej itu datang dari penerima kunci pintar kereta sebenar.

Sumber