Penyanyi bersuara tinggi, Nourul Depp menawarkan dirinya untuk menjadi jurulatih Program Latihan Khidmat Negara ataupun disebut PLKN.

Nourul percaya dia adalah orang yang tepat untuk menjadi jurulatih PLKN dan sedia untuk menabur bakti demi negara.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru baru ini kerajaan mengumumkan bahawa PLKN akan dilaksanakan semula selepas dimansuhkan pada 2018.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan mengesahkan bahawa PLKN yang baharu ini akan melibatkan 2 fasa iaitu pada fasa sekolah dan lepas sekolah.

Fasa 1 melibatkan pelajar tingkatan 4 menerusi silibus Kementerian Pendidikan Malaysia. Di mana ia turut mengandungi aktiviti kokurikulum seperti Kadet Polis, Kadet Bomba dan Pengakap.

Pelajar tingkatan 5 pula akan dikecualikan daripada menyertai PLKN bagi membolehkan mereka fokus kepada SPM. Namun mereka akan terlibat dalam fasa 2 yang akan diadakan di kem tentera wataniah.

Dalam program yang akan datang, PLKN tidak akan mengambil masa terlalu lama seperti dahulu, sebaliknya hanya 45 hari.

Nourul Depp menegaskan bahawa dia berminat menjadi jurulatih PLKN. Hal ini kerana Nourul mendedahkan dia ada kepakaran memberikan motivasi. Dia seringkali menjadi selebriti jemputan untuk memberikan motivasi.

Kini tiba masanya Nourul Depp mahu menggunakan kepakarannya untuk memberikan motivasi kepada generasi muda. Paling penting dia mahu melakukannya demi negara Malaysia.

Dia juga benar benar menyokong program ini agar diadakan semula kerana ianya mampu membentuk insan yang lebih bertanggungjawab.

Dipetik dari laman Xtra, Nourul berkata: “Untuk menjadi pelindung negara dan menjadi insan lebih bertanggungjawab, bagi saya PLKN adalah langkah yang bagus.”