Nurul Shuhada mengejutkan ramai apabila mendedahkan tentang perbualan lucah antara bekas suaminyam Hafidz Roshdi dengan wanita yang merupakan penyondol sebelum ini.
Shuhada berkongsi tangkap layar ‘sexting’ antara bekas suaminya itu menerusi Instagram.
Nurul Shuhada turut membuat penafian bahawa, perbualan itu bukannya dia dapat sendiri daripada telefon Hafidz Roshdi. Namun ianya dikirim sendiri oleh penyondol tersebut kepadanya.
Menerusi pendedahannya di Instagram, Shuhada menyatakan perbualan lucah tersebut dikirim sendiri oleh penyondol tersebut kepadanya.
Pempengaruh dan usahawan itu menulis: “Disclaimer: ini conversation antara pelakor dan BEKAS SISA SAYA, untuk pengetahuan, chat ini di beri oleh pelakor sendiri sebab nak buktikan yang dia mampu untuk memuaskan si polan.”
Tindakan Hafidz melakukan perkara tidak bermoral itu di belakangnya telah menjadi punca kenapa dia meminta cerai daripada pelakon itu. Di mana Hafidz dan wanita itu tanpa segan silu menulis mesej yang melampau antara satu sama lain.
Dia menambah: “Kenapa aku mintak cerai? Sebab ni…… Akan bersambung nanti sebab bagi semua terus takbest.
“Disclaimer, ini jugak conversation antara pelakor dan BEKAS SISA, di berikan kepada Saya untuk membuktikan bahawa mereka
SANGAT SERIOUS,” tegasnya lagi.
Seterusnya, Nurul Shuhada lebih kecewa apabila pihak bekas suaminya pula yang seolah olah menjadi mangsa. Dengan memberikan amaran bahawa ibu dan anak jangan diusik. Ditujukan kepada Nurul Shuhada dan keluarganya. Ianya telah mencetuskan perbalahan antara mereka.
Shuhada kemudian menyatakan dia mendedahkan perkara itu kepada umum kerana Hafidz Roshdi yang memulakan perang tersebut.
Dia meminta Hafidz Roshdi selesaikan dahulu hutang samannya.
Dia malah tidak peduli tentang kes mahkamah yang sedang berjalan antara mereka. Kerana dia semakin tak sabar untuk mendedahkan kesemua yang berlaku. Ini termasuk bukti rakaman audio.
“Tak sabar pula nak up semuanya. Kepada youm bersedialah, ini bermakna perang. Mahkamah tak mahkamah, letak tepi. Kau yang mula dulu. Beritahu nak mana dulu? Korang yang baca antara pencurang dengan pelakon atau voice recording? Pilih,” tegas Shuhada.
Shuhada turut menyindir bahawa dia kini risau bahawa Hafidz Roshdi tak sempat nak masuk set penggambaran, namanya sudah disingkirkan kerana pendedahannya.
Sebelum ini Hafidz Roshdi baru sahaja menyatakan dia bersyukur kerana mendapat peluang kedua dalam dunia lakonan selepas sekian lama tidak berlakon.
Dia menyatakan sebelum ini dia pernah mendapat tawaran berlakon namun namanya tidak diluluskan oleh sebuah stesen televisyen.
Hafidz berkata kepada Kosmo: “Harapan saya semua pihak terutama penerbit, pengarah serta penggiat seni dapat ketepikan soal kontroversi dan lihat bakat saya.”