Markas utama bagi Manchester United, Old Trafford diundi sebagai stadium kedua terburuk untuk dilawati menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2024/25 yang akan bermula tidak lama lagi.

Menurut laporan media di UK, tinjauan telah dilakukan dan ramai yang memilih Old Trafford sebagai stadium kedua paling teruk untuk pelawat selepas gelanggang utama West Ham United iaitu Stadium London.

Baca Juga:

Hasil tinjauan adalah berdasarkan beberapa kriteria termasuk kedudukan tempat duduk bagi peminat pasukan lawan, tempat letak kereta, ulasan di Google, kekacauan dan tangkapan di kalangan peminat, bilangan gol yang dibolosi di tempat sendiri dan pandangan dari stadium.

Old Trafford
Sumber Gambar: Sport Illustrated

Daripada 20 stadium yang berada dalam tinjauan, Stadium Komuniti Gtech yang digunakan oleh Brentford menduduki tempat paling tinggi, diikuti rapat oleh Craven Cottage yang merupakan home kepada Fulham.

Dari segi peruntukan peminat pasukan lawan, Stadium Vitality, rumah kepada Bournemouth mendahului dengan 13.2 peratus daripada kapasitinya dikhususkan untuk penyokong pasukan pelawat. Sementara itu, United menawarkan hanya 4.01 peratus daripada kapasitinya kepada penyokong lawan.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa kapasiti stadium United adalah sebanyak 75,000 dimana jumlah ini jauh lebih tinggi daripada kapasiti 11,300 di Bournemouth.

Old Trafford menerima kritikan hebat pada penghujung musim lalu apabila rakaman video menunjukkan air hujan mencurah melalui bumbung. Bagaimanapun, Sir Jim Ratcliffe sedang meneruskan rancangan untuk membina stadium baharu untuk Red Devils.

Stadium London mengalami masalah dari sudut keselamatan kerana ia mempunyai jumlah tangkapan tertinggi dalam liga iaitu 89 peminat yang mencadangkan kebimbangan keselamatan untuk penyokong di tempat lawan. Selain itu, peratusan peminat yang lemah di tempat lawan sebanyak 4.9 peratus, menyaksikan Stadium London berada di tempat tercorot dalam senarai stadium terbaik untuk dikunjungi diantara kelab EPL.