Seorang individu kaya dan ahli perniagaan Kanada, Michael Henderson merancang untuk membina sebuah bulan bernilai £4 bilion di Dubai. Pembinaan ini diharapkan akan ‘memberi kesan ketara’ kepada ekonomi Emiriah Arab Bersatu.

Replika bulan ini akan menempetkan resort mega termasuk hotel 4,000 bilik, arena berkapasiti 10,000, kelab malam dan pusat kesihatan. Terdapat juga ‘koloni lunar’, yang menjanjikan pengunjung pengalaman seolah-olah berjalan di bulan.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Orang Kaya Rancang Mahu Bina Bulan Bernilai RM22 Bilion Di Dubai
Orang Kaya Rancang Mahu Bina Bulan Bernilai RM22 Bilion Di Dubai

Bercakap kepada Associated Press (AP), Henderson, pengasas bersama Moon World Resorts Inc – yang telah membiayai projek bercita-cita tinggi itu – merujuk kepada fakta bahawa bulan itu sendiri adalah jenamanya.

“Kami mempunyai ‘jenama’ terbesar di dunia,” katanya, “Lapan bilion orang tahu jenama kami, dan kami masih belum bermula lagi.”

Projek ini dianggarkan menelan belanja sebanyak £4.28 bilion, projek MOON Dubai berharap dapat menarik 2.5 juta tetamu setahun.