Sehingga kini, kita pun sedia maklum rangkaian makanan segera seperti McDonalds dan KFC masih diboikot oleh warga tempatan.

Hal ini bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin yang ditindas dan diserang tanpa henti oleh rejim Zionis di mana syarikat yang didapati berkait dengannya akan diboikot sehabis mungkin.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Namun baru-baru ini tular beberapa buah video yang dikongsikan oleh individu di media sosial yang memperlihatkan orang ramai mula menyerbu kedua-dua rangkaian makanan segera pada sambutan hari raya kali ini.

Dapat dilihat orang ramai telah memenuhi rangkaian tersebut termasuklah makan di situ mahupun melalui laluan drive thru yang disediakan.

@farhan_matra

Syawal ke -2 (Jam 9.10malam) Mcdonald ad buat open house ko rama2 ni😂🤣🤣🤣 #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #mcdonalds #boikot #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – Farhan_Matra – Farhan_Matra

Perkongsian video sememangnya dipenuhi kecaman dari netizen yang mana mereka menuduh kelompok individu yang membeli di rangkaian makanan segera itu seperti sudah lupa dengan kesengsaraan saudara di Gaza dan menyokong genosid di sana.

Lebih teruk lagi, ada yang melabel individu yang membeli di rangkaian makanan segera terbabit sebagai anjing dek kerana datang semula ke ‘tuan’ yang memberi makanan sebelum ini.

Namun begitu, ada sebahagian netizen pula berpendapat lain berhubung tindakan orang ramai pergi ke McD dan KFC di mana mereka mengatakan bahawa majoriti kedai makan masih tutup lantas rangkaian makanan segera menjadi pilihan terakhir.

Ditambah dengan kehadiran saudara-mara yang ramai, sudah pasti ada yang akan lapar kerana makanan yang tidak mencukupi di rumah yang dikunjungi.

Malah, ia bukanlah satu kesalahan besar untuk makan di rangkaian McD dan KFC kerana secara tidak langsung dapat bantu menjana jualan lalu diberi gaji kepada pekerja F&B yang majoritinya dipelopori oleh anak bangsa Melayu sendiri.

Dalam pada itu, ramai juga bersetuju dengan kenyataan bahawa kedai makan melayu terutamanya memang tutup pada ketika ini. Untuk mengelakkan diri daripada lapar, mereka memilih untuk makan di rangkaian makanan segera kerana tersedia pada setiap masa walaupun di waktu sambutan perayaan umum.

Konklusinya, anda boleh sahaja berpendirian untuk memboikot sesuatu produk namun tidak perlu membuat provokasi terhadap individu berpandangan berbeza. Tiada guna memburukkan orang lain kerana hanya berlainan pendirian kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendiri.