Baru-baru ini dilaporkan pasangan suami isteri M Sugu dan S Pavithra telah memadam semua video yang dimuat naik di channel YouTube Sugu Pavithra milik mereka selepas beberapa hari terlibat dalam kes mahkamah melibatkan mereka berdua.

Tindakan pasangan itu memadam video-video masakan mereka sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat ditambah dengan bayangan yang diberi mereka sebelum ini untuk meneruskan aktiviti di YouTube seperti biasa sebelum ini.

Bagaimanapun, kini dalam perkembangan terbaru yang dilaporkan Sinar Harian, S Pavithra akhirnya menjelaskan sebab mereka memadam video-video yang dimuat naik sebelum ini adalah kerana tidak mahu mempunyai apa-apa kaitan lagi dengan platform tersebut.

Untuk rekod, channel YouTube  yang dimiliki pasangan tersebut sebelum ini mempunyai 787,000 subscribers dan hampir 100 video sebelum kesemua video dipadam beberapa hari lalu.

“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja.

“Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Keputusan itu juga menurut suaminya M Sugu juga dibuat kerana mereka tidak mahu lagi terlibat dengan perkara yang boleh meraih perhatian umum.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapan mereka, pasangan suami isteri tersebut bagaimanapun dilaporkan masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Pasangan suami isteri itu sebelum ini menjadi tumpuan netizen dan sempat meraih beberapa pencapaian sebelum insiden yang melanda mereka baru-baru ini. Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai mereka di pautan di bawah. 

Bukan RM144,000 Tetapi Ini Pendapatan Sebenar Sugu Pavithra Selepas Meletup Di YouTube

Sugu Pavithra Dilaporkan Terima Hadiah Dan Kad Ucapan Daripada Perdana Menteri

Tampil Seperti Model Dan Nafi Beli Rumah Baru, Ini Perkembangan Terbaru ‘Sugu Pavithra’

Sumber