Aksi kalah-mati Euro 2024 bakal bermula tengah malam ini membabitkan 16 pasukan yang memburu tempat ke suku akhir bagi merebut gelaran juara.
Menurut pakar analisis Opta, lima pasukan pilihan mampu menjuarai Euro 2024 dengan England memiliki peluang lebih tinggi sebanyak 19.12 peratus berbanding pasukan lain.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Tuan rumah, Jerman pula memiliki peluang sebanyak 16.09 peratus diikuti Sepanyol dengan 15.41 peratus.
Berdasarkan prestasi terkini, skuad kendalian Gareth Southgate itu mengekalkan rekod tanpa kalah serta muncul juara kumpulan C dengan 5 mata.
Top 5๏ธโฃ favourites to win the EURO 2024, according to Opta Analyst ๐๐
Who do you think will win the tournament?#euro #euro2024 #uefa #football pic.twitter.com/ihg5dTFBdO— Football Benchmark (@Football_BM) June 28, 2024
Walaupun ramai peminat bola sepak dunia menyifatkan corak permainan England agak membosankan namun mereka memiliki skuad yang mantap dari semua posisi dan mampu melakukan kejutan.
Sebagai rekod, England turut menjaringkan dua gol di peringkat kumpulan edisi Euro lalu sebelum bangkit untuk layak ke final pertama mereka dalam kejohanan utama selepas 55 tahun.
Mereka bakal bertemu Slovakia pada aksi pusingan 16 terakhir di Gelsenkirchen, tengah malam esok. England memiliki rekod yang baik ke atas Slovakia dan dijangka akan mara ke suku akhir.
Menurut ramalan Opta Supercomputer, England dijangka mara hingga ke final dengan Itali berpotensi bertemu mereka di peringkat suku akhir.
Manakala Belanda menjadi lawan berpotensi di separuh akhir. England dijangka tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Belanda yang mara ke pusingan kalah mati menerusi tempat ketiga terbaik kumpulan.
Jerman, Perancis, Sepanyol dan Portugal berada di laluan undian berbeza dan namun analisis Opta meramalkan Sepanyol akan mara ke final bertemu England.
England's route to the final as predicted by the Opta supercomputer:
๐ธ๐ฐ Slovakia > ๐ฎ๐น Italy > ? > ?
Find out their predicted path belowโฌ๏ธ๐https://t.co/z5sSvnuIhg
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) June 27, 2024
Secara keseluruhannya, superkomputer itu meramalkan England memenangi Euro 2024 dalam 20% daripada simulasinya.
Adakah England akan cipta sejarah memenangi trofi Euro pertama mereka selepas hampir 60 tahun? Sama-sama kita saksikan.
Klik sini untuk jadual penuh perlawanan pusingan 16 dalam waktu Malaysia.