Rasanya ramai yang sudah tidak sabar untuk mendapatkan koleksi edisi khas Bata Heritage x Coca-Cola yang akan dilancarkan secara rasmi 15 Mac 2019. Terima kasih kepada Bata Malaysia, kami menjadi antara yang terawal menerima kasut kolaborasi yang awesome ini.

Model Hotshot dan Tennis dipilih untuk kolaborasi ini dan model yang kami terima adalah Bata Hotshot ‘Jersey’. Difahamkan hanya 3 jenis rekaan yang akan masuk pasaran Malaysia dan model Jersey ini tidak memasuki pasaran Malaysia.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Koleksi ini akan hadir dengan kotak khas dengan logo Coca-Cola tertulis di bahagian atas manakala tulisan Bata Hotshot ditulis di bahagian tepi. Pada bahagian kasut pula, logo Coca-Coca boleh dilihat di bahagian belakang kasut dan juga pada bahagian insole.

Bata Coke 1

Bata Coke 2

Bata Coke 3

Bata Coke 5

Disebabkan koleksi kolaborasi ini berada di bawah payung Bata Heritage, kualiti pada kasut ini adalah lebih baik daripada kasut Bata yang normal dan disebabkan itu harganya agak sedikit tinggi. Dari segi keselesaan pula, kasut ini memang tersangat selesa untuk dipakai.

Hanya 3 model di bawah ini yang akan dijual secara eksklusif di butik Bata Suria KLCC. Model Bata Hotshot akan dijual pada harga RM299 manakala model Bata Tennis pada harga RM199. Pastikan anda beratur awal supaya anda menjadi antara yang bertuah untuk membawa pulang kasut edisi khas ini. Jumpa minggu hadapan!

BXC -3

BXC -2

BXC -1